Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2025 @ 8:47pm

Raih Lebih 1 Juta Undian, Anugerah Melodi Terhangat Semakin Sengit!

Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) terus mencetus fenomena tersendiri apabila jumlah undian rasmi kini berjaya melepasi angka 1 juta, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa daripada peminat tempatan.

Peningkatan mendadak itu bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan keterlibatan rakyat Malaysia yang semakin aktif dan bersemangat dalam menentukan siapa paling layak dinobatkan sebagai figura ‘terhangat’ tanah air.

Dalam landskap hiburan era digital yang serba pantas, suara peminat kini bukan hanya sebagai penyokong, tetapi menjadi kuasa penentu utama dalam mengangkat ikon paling berpengaruh masa kini.

Lebih menarik, AMT 2025 digerakkan sepenuhnya oleh 100 peratus undian awam menerusi platform penstriman Tonton, menjadikan ia benar-benar milik rakyat.

Bukan semata-mata mengukur populariti, anugerah ini turut menilai sejauh mana seseorang artis memberi impak, mencetus pengaruh serta menyumbang kepada pembentukan budaya pop semasa.

Barisan kategori yang dipertandingkan tahun ini juga tampil lebih segar, berani dan relevan selari dengan kehendak serta cita rasa peminat hiburan moden.

Meskipun angka undian melepasi satu juta, kempen ini masih jauh dari selesai. Undian masih dibuka sehingga 31 Julai 2025, dan setiap undi mampu mengubah kedudukan calon kegemaran anda.

Satu undi mampu melonjakkan nama artis ke puncak. Satu undi juga boleh menentukan siapa bakal dinobatkan sebagai juara mutlak AMT 2025. Semuanya kini di tangan peminat.

Bagi yang ingin mengundi, layari laman rasmi www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar anda.

Langkahnya cukup mudah daftar akaun Tonton dan langgan pelan TontonUP untuk membuka akses kepada sistem undian.

Pelan langganan selama sebulan menawarkan 500 undian, manakala langganan tiga bulan pula memberi sehingga 2,500 undian.

Jangan lepaskan peluang untuk terus mengundi dan nantikan malam kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos 2025  ini.

AMT 2025 adalah acara penuh gemerlapan yang bakal menjadi medan penghargaan terhadap bakat, usaha dan dedikasi insan seni tempatan.

Artikel Berkaitan: Melodi Terhangat Superstar Tour Dekatkan Artis Dengan Peminat, Johor Jadi Destinasi Pertama!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Jul 2022
Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Kekasih Hadiahkan Elvina Kuda Argentina

Kuda yang diberi nama Indiana baka Argentina pemberian untuk bakal suri hati Elvina

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Mesej DM tak senonoh, Syazwan Zulkifly dedah perangai sebenar?

Soalan tersebut agak melampau dan juga mengandungi unsur seksual. Namun begitu, apakah benar Syazwan Zulkifly sendiri yang menghantar DM tersebut? ataupun akaun Instagramnya mungkin kena hack?

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Razak A’ai Bergabung Dengan Khaleesi & Mortal Rhyme, Bawa Identiti Tradisional dalam Lagu Raya ‘Ala Joget Raya’

Razak A’ai memainkan peranan utama dalam penghasilan lagu raya terbaru terbitan Todak Fusion berjudul ‘Ala Joget Raya’.

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

SEDAP SANGAT KE SUARA ERNIE ZAKRI?

Baginya, keindahan lirik, melodi yang baik dan music arrangement dalam lagu-lagu bergenre etnik kreatif ini sentiasa mekar dalam diri masyarakat Malaysia

error: Content is protected !!