Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 19, 2018 @ 3:37am

“Takut Beri Kesan Kepada Bayi” – Elyana Gugur Kandungan

Bagi Penyanyi Kalis Rindu ini, beliau terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan kerana tidak mahu penyakit yang dihidapinya itu memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya. 

Menghidapi kanser Limfoma tahap empat, Elyana mengakui amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya itu kira-kira dua minggu yang lalu. Walaubagaimana pun, sebelum menggugurkan kandungannya, penyanyi ini terlebih dahulu merujuk kepada ustaz sebelum mengambil keputusan tersebut.

“Sudah bertahun lamanya saya mengimpikan kehadiran anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil. Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam hidup selepas disahkan hamil. Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi jika saya meneruskannya, ia memberi kesan kepada bayi saya nanti.” Jelasnya

Menurut Elyana, dia tidak sedar bahawa dirinya itu sedang berbadan dua sehinggalah kesihatannya merosot. 

“Saya langsung tidak boleh menjamah makanan sampaikan hendak telan roti pun tidak mampu. Bagaimanapun, saya kena makan jugak kerana terpaksa menelan 28 biji ubat sehari, setiap empat jam. Melihat keadaan tersebut, saya lakukan pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Begitupun saya terpaksa menggugurkannya kerana bimbang ubat yang saya ambil boleh memberikan kesan kepada bayi. Saya takut, anak yang dilahirkan tidak cukup sifat.” Tambahnya 

Elyana sebelum ini juga pernah keguguran akibat mengandung diluar rahim iaitu pada awal 2016. 

Apapun, semoga Elyana terus tabah dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya, selepas kesulitan itu pasti akan timbul kebahagian yang lebih manis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jun 2023
Hiburan Wed, 13 May 2026
Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Thu, 12 May 2022

“I Like My Hijab & I Like Dancing…” – Gadis Ini Cetus Kontroversi Dalam Temubual Berita Antarabangsa

Sabrina tak kisah dikecam kerana dia rasa buat perkara yang betul dan yakin dengan diri sendiri…

Hiburan Wed, 23 Apr 2025
error: Content is protected !!