Euforia Bola 2026
Anugerah By: Maya Basir July 22, 2023 @ 3:26pm

ABPBH 35: Hadir Ke Anugerah Naik Lori, Ini Penjelasan Aina Abdul… Menang Anugerah Tanda Harus Bekerja Keras Buat Peminat!

Impian penyanyi Aina Abdul untuk merangkul kategori Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) akhirnya menjadi kenyataan.

Membesar menonton ABPBH, Aina menanamkan hasrat untuk menerima anugerah tersebut sebagai hadiah buat para peminatnya yang sentiasa menyokong.

“Saya membesar dengan menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian, silih berganti penyanyi yang saya lihat mengambil award ini, seorang Nurul Aina pasti inginkan recognition ini.

“Because to me kemenangan ini menandakan saya harus bekerja keras to give the best for my fans yang sentiasa menunggu karya dan lagu-lagu galau daripada saya.

“Thank you so much Aination kerana mengundi,” ujarnya.

Mengulas tentang kehadirannya yang menaiki sebuah lori, Aina mengatakan ia bukan sekadar suka-suka tetapi kerana saiz bajunya yang sangat besar dan seberat 20 kilogram (kg).

“Saya sebenarnya datang dengan lori bukan saja-saja sebab baju tu tak muat dalam kereta saya dan saya pula jenis nak gerak sekampung.

“Team Aina pun ada lebih kurang 20 orang. Jadi, nak muatkan semua dalam satu tempat, lori lah jawapannya.

“Baju tu memang berat dalam 20 kg sebab dalam tu kayu so selama ni saya pergi gym training angkat berat berbaloi lah,” jelasnya sambil ketawa.

Bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, Aina berjaya menewaskan calon lain seperti Ernie Zakri, Siti Nordiana, Nabila Razali dan Wany Hasrita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Azmil Mustapha Meninggal Dunia- ‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Featured Sun, 18 Dec 2022
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Paduan Suara Hael Husaini, Syafinaz Selamat Nampak ‘Mahal’

Persembahan Hael Husaini meraikan kepelbagaian dengan menampilkan wanita pelbagai saiz dan rupa melalui lagu Hajat berjaya menambat hati penonton. Malah lebih meyakinkan dengan penampilan istimewa Datuk Syafinaz Selamat mengiringi latar vokal soprano menjadikan lagu Hajat […]

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Featured Sat, 26 Feb 2022
Featured Wed, 25 May 2022
error: Content is protected !!