Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 1, 2021 @ 8:19pm

Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

Penyanyi Syura tampil memberi penjelasan tentang kekeliruan warganet mengenai pembayaran RM200,000 yang dituntut oleh penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana

Kata Syura, wang RM200,000 setiap seorang yang diminta oleh Nana kepadanya dan empat individu lain (penyanyi Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam FMC, Sam Samin) bukanlah bayaran saman yang perlu dilunaskan.

“Nampaknya masih ramai yang tak faham. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman sebab kami tak mohon maaf. Selain dari minta maaf, pembayaran RM200,000 itu salah satu tuntutan yang perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.

“Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200,000 barulah tindakan saman akan diteruskan. Harap faham ye semua,” katanya menerusi ruangan Instagram Story.

Dalam pada itu, isteri kepada Lan Solo, Nur Sheila Hassim turut memberikan penjelasan serta meluahkan isi hati menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, lima individu terbabit mengesahkan mereka telah menerima surat tuntutan dari pihak Nana yang mana di dalamnya meminta agar mereka membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam beserta syarat lain selain bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Mereka telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam mereka, Alan Razak untuk penelitian lanjut.

Terdahulu, Nana meminta lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar RM200,000 setiap seorang dalam tempoh 24 jam.

Notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Nana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Nana berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini dan bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Nana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 19 Mar 2022
#LaguXTRA Thu, 16 Feb 2023
Trending Wed, 13 May 2020
Trending Tue, 26 Dec 2017

Bunuh Majikan Kerana Tak Luluskan Cuti

Menikam majikannya sehingga mati selepas tidak meluluskan permohonan cutinya, seorang juruteknik Pakistan dihadapkan ke mahkamah Dubai.

Featured Tue, 17 Jan 2023

Abby Abadi Dedah Isu Dengan Norman Hakim Tak Pernah Selesai – “Saya Lebih Banyak Beralah…”

Hmm netizen pun kena move on juga.. Semoga semua urusan dipermudahkan

Hiburan Mon, 26 Feb 2024
error: Content is protected !!