Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 13, 2020 @ 11:53am

[Terkini] Permohonan BPN Ditolak Kerana Miliki Rekod SSM? Ini Mungkin Peluang Anda

Seramai 451,865 permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak setakat hari ini terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah, mana-mana permohonan yang gagal mendapat BPN berikutan mempunyai rekod dengan SSM.

Namun, mereka yang gagal memohon boleh membuat rayuan di cawangan LHDN atau menghubungi LHDN diseluruh negara.

Sumber : Google

” Rekod SSM ini memang agak kritikal kerana dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini ialah, sekiranya seseorang itu mempunyai rekod dengan SSM, maka mereka tidak layak BPN

” Bagaimanapun, kelonggaran ini sudah diberikan dan kita akan menyemak sama ada syarikat itu masih aktif atau ‘dormant’ (tidak aktif),” Katanya.

LHDN juga akan melihat berapa pendapatan pemohon daripada syarikat atau pemilikan tunggal terbabit, sebelum membuat semakan sama ada mereka layak menerima BPN atau sebaliknya.

Pihak yang mahu membuat rayuan perlu membawa penyata akaun syarikat untuk membolehkan LHDN melihat berapa banyak pendapatan yang diperolehi daripadanya.

“Mereka perlu mengisi satu borang rayuan dan kami akan menerima dengan ikhlas terhadap pengisytiharan mereka itu.

“Jika mereka tidak mempunyai penyataan akaun tahunan, mereka boleh juga membuat pengisytiharan kendiri,” Jelasnya.

Selain itu, tidak semua permohonanan yang mempunyai rekod SSM ditolak. Ini kerana, mereka yang berstatus pemilikan tunggal atau perkongsian dianggap layak oleh Kementerian Kewangan, namun berada bawah kategori M40.

Terdahulu, dianggarkan kira-kira 70,000 pemohon yang berada dalam kategori ini layak menerima BPN setakat ini untuk pembayaran fasa kedua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Trending Tue, 16 Feb 2021

Harap Perjalanan PdPR Lebih Memberi Kesan & Progresif, Ibu Bapa Pelajar Tak Sabar Tunggu DidikTV Dilancarkan!

Bermula esok, 17 Februari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran […]

Hiburan Thu, 27 Nov 2025
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Hadir Majlis Aqiqah & Kesyukuran Haura Uqaira, Netizen Dakwa Nampak Baby Bump Nelydia Senrose?

Wah, laju mata netizen ek😅 Tapi kalau betul pun apa salahnya… kita doakan yang baik-baik🥰

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

Sebaknya! Macam cerita Habibie & Ainun pulak dah😭😭😭Moga Izzue & Awin bahagia sampai syurga.

error: Content is protected !!