Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2024 @ 6:34pm

“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam sebak apabila mengenangkan jasa isterinya, Awin Nurin terhadap kehidupan dan perjalanannya sebagai seorang anak seni selama 15 tahun penglibatannya dalam industri.

Menurutnya, dia tidak dapat membayangkan hidup tanpa isteri yang juga merupakan pengurusnya.

Bahkan,  penyanyi itu pernah berdoa agar dapat menjalani hidup bersama isterinya sehingga ke akhir hayat.

“Tanpa isteri, anda semua mungkin tidak kenal Izzue Islam seperti yang sekarang ini. Saya juga tidak pernah bayangkan memiliki kehidupan begini sekarang.

“Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada.

“Kami pernan berborak dan saya tanya dia… bolehkah kita mati bersama-sama nanti,” katanya.

@suhanchannelofficial “Saya tak boleh bayang hidup tanpa dia… Kalau boleh biar saya pergi dulu…” EP 3 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 8 @izzueislam Full video di YouTube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #tilljannah #izzueislam #rosyamnor #usanita #musim3 ♬ original sound – Suhan Channel Official

 

Perkara itu dikongsi Izzue ketika hadir pada sesi podcast Hitam Putih Kehidupan yang dihoskan oleh pelakon popular, Datuk Rosyam Noor menerusi Youtube miliknya.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimanakah persediannya sekiranya Awin tiada, Izzue lantas gagal menahan sebak.

“Saya pernah terlibat dalam penggambaran dan dia tidak ikut sekali disebabkan demam.

“Ketika itu saya hilang arah.

“Sebab itu sampai sekarang saya akan bawa dia ke mana-mana sahaja kami pergi. Saya mahu dia sentiasa ada depan mata. Selagi saya hidup saya mahu dia ada di depan saya,” jelasnya.

 

Sekadar info, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Namun, hasil perkongsian hidup selama 15 tahun, pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 8 Jul 2020
Trending Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

‘Maaf…It’s TOO MUCH Untuk Marketing’, Fazley Yaakob Tegur Jutawan Kosmetik

Jutawan kosmetik itu perlu cara bijak untuk mempromosikan produknya bukan dengan cara melulu.

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Events Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Sarah Hildebrand Bukan Obses Kat Remy Ishak, Tapi…

Ingat! Nadine tak obses dengan Danny okay. Nanti adda orang marah tau…

Featured Wed, 24 Nov 2021
Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Ramai Salah Faham”- Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang

Oh! Baru merisik rupanya… semoga kekal ke jinjang pelamin lah yer! Dua dua sama cantik sama padan!

error: Content is protected !!