Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2022 @ 10:53am

Sweet Sungguh… Peminat Indonesia Sanggup Terbang Beribu Batu, Datang Malaysia Sebab Nak Jumpa Meerqeen

Drama bersiri Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena tersendiri bukan sahaja di Malaysia, namun di beberapa negara lain terutamanya Indonesia.

Menerima tempias populariti, pelakon Meerqeen mendedahkan ada beberapa orang peminat Indonesia sanggup terbang ke Malaysia semata-mata untuk bertemu dengan dirinya.

“Memang tak sangka bila ada beberapa peminat yang sanggup datang dari Indonesia ke Malaysia untuk bertemu dengan saya.

“Saya sangat terkejut tapi menerima kehadiran mereka dengan gembira. Ketika itu, mereka datang ke bertemu saya dan Anna Jobling ketika kami turun padang mempromosikan drama bersiri Melur Untuk Firdaus di Karnival Jom Heboh pada Jun lalu.

“Tak sangka mereka berusaha untuk bertemu saya sampai sanggup terbang ke sini dan apa yang mereka lakukan sangat ‘sweet’. Saya sempat menghabiskan sedikit masa bersama mereka kerana mereka telah terbang jauh untuk bertemu saya.

“Saya gembira menyambut kehadiran peminat dari Indonesia, tapi bila difikirkan semua, rasa seram pun ada juga,” selorohnya.

Meerqeen ditemui di majlis pelancaran wajah baharu jenama air mineral terkenal, Spritzer di Sunway Pyramid pada Khamis.

Kredit foto: Instagram Stories @nabilmahir

Kredit foto: Instagram Stories @nabilmahir

Selain itu, Meerqeen dan penyanyi Ayda Jebat dipilih menjadi ikon baharu bagi jenama terbabit.

Dalam pada itu, Meerqeen juga gembira single pertamanya, Menunggu yang dilancarkan pada tahun lalu mendapat tempat di hati peminat Indonesia.

“Syukur kerana single Menunggu meraih perhatian peminat di sana. Mungkin kerana lagu ini ada kena mengena dengan jalan cerita drama bersiri Melur Untuk Firdaus dan kena dengan citarasa pendengar di sana, jadi ia menjadi pilihan peminat Indonesia.

“Insya-Allah, pada penghujung Julai ini, saya akan terbang ke sana untuk menjadi tetamu untuk beberapa program bual bicara di stesen televisyen Indonesia. Buat masa ini, masih belum ada tawaran untuk berlakon di sana.

“Sekiranya diberikan kesempatan, saya gembira jika mendapat tawaran di Indonesia dan tak menolak untuk mengembangkan karier di sana,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 8 Jul 2020
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Hyoyeon Shares How Girls’ Generation Lasted So Long Together

Despite one lesser member, the group is technically still together and not disbanded.

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Bagi Saya Jefri Nichol Seorang Yang Perfect” – Ameera Khan Beri ‘Hint’ Bakal Menetap Di Indonesia?

Kata Ameera, Jefri merupakan seorang yang sempurna selain selalu melayannya dengan baik.

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Hujan hujan ni bertambah galau min dengar Kak Mitch nyanyi lagu Sang Dewi 🥲🥲

Trending Thu, 15 Apr 2021

Sanggup Redah Hujan, Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Semoga Ustaz Ebit Lew juga dimurahkan rezeki

error: Content is protected !!