Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 19, 2022 @ 6:07pm

“Hidup Tak Berlandaskan Logik Akal & Pendapat Peribadi..” – Ustazah Asma’ Tegur Pelajar Malaysia Kongsi Pandangan ‘Gadis Hijab Suka Menari’

Heboh di ruangan media sosial baru-baru ini mengenai seorang pempengaruh bernama Sabrina Azhar, 22, yang merupakan seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan.

Sabrina berkongi pandangannya mengenai dirinya yang merupakan gadis berhijab yang suka menari dan sesi temubualnya bersama media antarabangsa, BBC World Service telah meraih perhatian netizen.

Ramai yang meluahkan rasa berang terhadap kenyataannya yang didakwa telah mencemarkan imej agama Islam.

Susulan itu, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil menjawab dan memberi teguran terhadap isu terbabit menerusi sebuah perkongsian di Facebook miliknya.

Ustazah Asma’ berkata sebagai wanita Islam, cara hidup di bumi ini tidak berlandaskan kepada logik akal atau pendapat peribadi semata.

“Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi.

“Tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut memohon maaf kerana memberikan teguran secara terbuka kepada individu terbabit atas rasa bimbang jika anak muda lain memandangan ringan mengenai isu berkenaan dan mengambil sebagai pegangan hidup.

“Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka kerana luasnya liputan video temu bual bersama pihak BBC tersebut. Saya bimbang ramai yang sudah menonton terutamanya anak muda lain yang merasakan tiada masalah lalu diambil sebagai pegangan hidup. Nauzubillah,” katanya.

Ujarnya lagi, Ustazah Asm’a turut menyeru agar para pempengaruh yang lain di serata media sosial untuk menjadi contoh dan insan yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat terutamanya yang beragama Islam.

Ustazah Asma’ berkata pempengaruh wanita Islam perlu berhenti melakukan konten-konten yang hanya akan memudaratkan diri dan mejatuhkan maruah diri sebagai muslimin dan muslimah.

“Ya, kalian diperlukan dalam pelbagai segi, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri. kita semua bakal mati, janganlah ditangguhkan lagi, hajat untuk kembali.

“Atas tiket apa sekalipun, jadilah ‘INFLUENCER’ yang ada rasa atanggungjawab kepada masyarakat Islam, serta tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: “I Like My Hijab & I Like Dancing…” – Gadis Ini Cetus Kontroversi Dalam Temubual Berita Antarabangsa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jul 2019
Featured Tue, 16 May 2023

“Tak Tengok Jadual Terus Locked!”- Floor 88 Tak Sabar Kongsi Pentas Dengan Wali Band

Tak sabar nak tengok Konsert Wali Band x Floor 88 Sabtu ni!

LIFESTYLE Tue, 12 Jun 2018

Raya Macam VIP Di tonton Sehingga 30 Jun

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Airin Zainul memaklumkan usaha ini merupakan transformasi baharu yang terbaik tahun ini dari Tonton.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Sebelum Misi Bermula, Saya Dah Rasa Tak Sedap Hati…Isteri Penyelam Thailand Luah Rasa

Saya nak beritahu dia yang saya amat sayangkan dia dan boleh diakui tiada lelaki macam dia dalam dunia ini. Saya akan tetap sayangkan dia, sayang saya kepadanya tidak akan berubah

Trending Wed, 10 Jan 2018

碗的风水禁忌 千万别把「饭碗」给丢了!

碗作为中国人日常必需的饮食器具,与中华传统文化密不可分。在风水学的角度来看,碗的风水也是很讲究,只有注意这些风水禁忌的朋友,才能带来更好的运势!

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Wow…Tiket Konsert Hujan X Kugiran Masdo Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Difahamkan setakat ini, 1000 keping tiket sudah habis dijual. Untuk anda yang belum bepeluang mendapatkan tiket, sila lakukan dalam kadar segera! Pihak penganjur juga akan cuba menambah kapasiti ruangan namun bergantung kepada permintaan tiket.

Featured Wed, 30 Oct 2019
error: Content is protected !!