Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 12, 2022 @ 4:48pm

“I Like My Hijab & I Like Dancing…” – Gadis Ini Cetus Kontroversi Dalam Temubual Berita Antarabangsa

Baru-baru ini tular sebuah video temubual yang dimuat naik oleh BBC World Service yang memaparkan seorang pelajar Malaysia mula menjadi bualan hangat warganet gara-gara berkongsi pandangan mengenai wanita berhijab dan menari.

Menerusi video tersebut, Sabrina Azhar, 22, pelajar yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan itu tampil memberi pandangannya mengenai wanita berhijab dan minatnya dalam tarian serta sering mendapat kutukan daripada warganet.

“Saya datang ke Korea untuk belajar. Pada masa yang sama, saya juga terlibat dalam penghasilan kandungan media sosial. Jika kamu tanya sesetengah orang Islam, mereka akan kata, oh dalam Islam wanita tidak sepatutnya menari. Wanita tak sepatutnya menyanyi bla bla bla.

“Tapi ada juga sesetengah orang yang, kamu tahu, ini abad ke-21. Maksud saya, sudah tentu kami tidak dibenarkan untuk twerk (tarian provokatif). Tapi masih ada sesetengah orang yang percaya bahawa kami tidak sepatutnya menonjolkan diri menerusi media sosial.” katanya dalam video temubual itu.

Menurut selebriti media sosial itu, minatnya itu tidak menjadi masalah selagi dirinya tidak mencederakan sesiapa dan dia merasakan tindakan yang dibuat tidak salah. Dia juga tidak akan mengambil endah mengenai komen-komen negatif yang dilemparkan.

“Kita tidak sepatutnya menjadi objek kepada lelaki ketika membuat persembahan di hadapan mereka bla bla bla. Bagi saya selagi saya buat perkara yang saya fikir betul, saya tidak menyakiti sesiapa, saya tidak rasa ia patut menjadi masalah.

“Ada orang kata, oh kamu memalukan Islam, kamu tak sepatutnya memakai hijab, kamu patut buka (hijab). Apa guna pakai hijab jika kamu menari. Saya dapat banyak komen.

“Saya tak pernah balas komen. Apabila mereka fikir mengenai hijab, mereka macam, oh kamu perlu tutup diri kamu, berselindung, kamu tak boleh bangga dengan diri kamu.

“Saya tak boleh kawal kata-kata orang. Apa yang saya boleh kawal ialah bagaimana saya rasa mengenainya. Jadi saya pilih untuk hiraukan segala komen kebencian yang saya dapat.

“Saya rasa gadis muda yang berhijab tak perlu takut untuk yakin dengan diri sendiri.” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, warganet Malaysia kurang senang dengan pendirian dan pandangan Sabrina itu dan masing-masing tampil dengan pendapat mereka.

Sumber: mStar dan @bbcworldservice

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Fri, 12 Jun 2020
#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

Trending Tue, 30 Oct 2018
Cahaya Mata Sat, 30 Dec 2023
Trending Thu, 9 Jun 2022

Rutin Sampaikan Tazkirah Lepas Solat Buka Pintu Hati Pembantu Rumah Johan Peluk Islam – “Saya Jumpa Surah Al-Fatihah..”

Alhamdulillah, kerana sering dengar tazkirah selepas solat, akhirnya pembantu rumah Johan peluk agama Islam.

error: Content is protected !!