Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2025 @ 5:37pm

Peminat ‘Restu’ Hubungan, Fattah Amin Tak Nafikan Sedang Berkawan Dengan Amira Othman – “Saya Hanya Boleh Berdoa & Berusaha”

Pelakon, Fattah Amin mengakui sedang berkawan dengan aktres dan penyanyi jelita, Amira Othman.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Bin Mohd Amin, 35, menghargai setiap doa peminat berharap agar dia dan Amira ke arah kebaikan.

“Kami berdua berkawan, saya pun ada berjumpa dengan dia (Amira) di konsert Datuk Siti Nurhaliza. Itu saja yang saya boleh komen.

“Macam saya cakap sebelum ini, doa sahaja yang baik-baik. Sekarang ini saya memang berkawan dengan semua orang.

“Kalau ada peminat atau orang di luar sana mendoakan yang baik-baik, saya aminkanlah.

“Kita hanya boleh berdoa dan berusaha, jadi saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan,” ujarnya.

Sementara itu, aktor filem terkenal Pendekar Awang ini juga tidak menolak sekiranya bertemu jodoh awal kerana baginya perkara tersebut terletak kepada aturan Yang Maha Esa.

Namun begitu, bapa anak satu ini juga menjelaskan dia tidak terlalu berfikir untuk menamatkan zaman duda.

“Jodoh, ajal dan maut ini kita tak tahu. Kalau orang mendoakan yang baik-baik, aminkan. Awal ke cepat pun saya tak tahu.

“Saya pun sekarang tengah sibuk bekerja, saya tak fikir sangat perkara yang berkait rapat tentang jodoh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Amira turut mengakui dia dan Fattah berkawan namun hanya sekadar rakan kerja.

Sebelum ini, nama Amira hangat menjadi sebutan selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor sensasi, Fattah Amin.

Dakwaan tersebut muncul selepas video ‘recap’ 2024 Amira yang dikongsikan di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai yang tertumpu kepada minit sosok seorang lelaki tinggi memakai topi dan cermin mata hitam.

Ramai netizen mula tertanya-tanya siapakah identiti lelaki tersebut namun ada juga segelintir pihak yang membuat spekulasi mendakwa jejaka itu adalah Fattah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia Orang Yang Sangat Baik” – Terbuka Berkenalan Dengan Duda, Amira Othman Mengaku Berkawan Dengan Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Video ‘Recap’ 2024 Raih Tumpuan, Kapsyen ‘Hati Hati’ Jadi Tanda Tanya… Netizen ‘Approve’ Fattah Amin & Amira Othman? 

Artikel Berkaitan: Individu Soal Tak Takut ‘Expired’ Ke Lambat Kahwin… Didakwa Terlalu Memilih, Ini Respons Amira Othman

Artikel Berkaitan: “Kalau Ada Bakat Menyanyi, Berlakon Pun Bagus” – Fattah Amin Cari Live Host, Netizen Berpakat Petik Nama Amira Othman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya ‘Bila Nak Kahwin’… Netizen Dakwa Gosip Cinta Fattah Amin & Amira Othman Sekadar ‘Marketing’

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Apr 2026
Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Ernie Zakri Bangkit, ‘Aura’ Bakal Cipta Magis Sebagai Simbol Kekuatan Wanita

Ernie Zakri paparkan women empowerment di persembahan Aura AJL39

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Syamsul Yusof- Puteri Sarah Bakal Dapat Anak Kedua

Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin terlalu awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Doakan ya!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019
Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
error: Content is protected !!