Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2025 @ 2:26pm

AJL39: Ernie Zakri Bangkit, ‘Aura’ Bakal Cipta Magis Sebagai Simbol Kekuatan Wanita

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri, bersedia untuk mencipta keajaiban di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) dengan persembahan penuh jiwa menerusi lagu Aura.

Menampilkan vokal mantap dan persembahan yang dijangka memukau, Aura bukan sekadar sebuah lagu, tetapi simbol kekuatan wanita yang bangkit menghadapi cabaran.

“Aura itu adalah seorang ibu, isteri dan wanita jadi dia kena tampil berbunga-bunga tapi tetap kuat walau apa badai melanda, itu yang saya cuba tampilkan.

“Vibes Aura yang saya harus perbesarkan dan bersikap adil dengan lagu ini sebab imaginasi saya adalah bunga yang besar dan sangat feminine selain sangat peribadi kepada saya,” ujarnya penuh semangat ketika ditemui di sesi raptai di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Menyentuh mengenai konsep persembahannya di pentas berprestij AJL39, Ernie mendedahkan bahawa lagu Aura bakal dipersembahkan dengan penuh simbolik, membawa mesej pemberdayaan wanita (women empowerment).

Persembahan ini akan diserikan dengan kehadiran sekumpulan wanita sebagai lambang kekuatan dan kehebatan kaum hawa, sejajar dengan makna yang terkandung dalam lagu tersebut.

Menariknya, suaminya yang juga penyanyi tersohor, Syamel, turut memainkan peranan penting dalam mencetuskan idea bagi mempersembahkan Aura dengan konsep terbaik di AJL39.

“Syamel banyak memberikan idea dalam merangka konsep persembahan Aura di AJL39. Saya amat menghargai setiap sokongan dan dorongannya,” tambah Ernie dengan penuh rasa terima kasih.

Sementara itu, Ernie meluahkan rasa syukur apabila suaranya kembali puluh selepas selepas mengalami keradangan pita suara atau laryngitis pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, bagaimanapun menjelaskan vokalnya masih dalam fasa pemulihan.

“Saya amat bersyukur kerana keadaan suara saya bertambah baik. Meskipun masih dalam fasa pemulihan tetapi pada malam AJL39 nanti saya hanya buat yang terbaik semampu saya dan nikmati (enjoy) perjalanan ini,” katanya.

Dengan gabungan vokal bertenaga dan elemen persembahan yang bakal mencuri tumpuan, Ernie bersedia untuk memberi magis di pentas AJL39. Adakah Aura bakal membawa pulang trofi juara Sama-sama kita nantikan!

Selain Ernie, sembilan finalis AJL39 lain ialah Nadeera (Bukan Lagi Kita), Aina Abdul (Puas Sudah) Amir Masdi (Sengaja), Akim & The Majistret (Saksama), Marsha Milan (Hening Rindu), Hafiz Suip (Terus Bersinar), Hael Husaini (Diam), Masdo & Aisyah Aziz (Pujaanku), Benzooloo, dan Tuju & MK K-Clique (Risiko).

AJL39 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 9 malam ini yang akan dihoskan oleh Nas Rahman dan Sissy Imann.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 15 Dec 2023

#SFMM38: Genap Seminggu Pulih Demam Denggi & Persiapan Hampir 90 Peratus ‘Ready’, Afieq Shazwan Janji Beri Persembahan Terbaik!

Boleh tahan sedih juga lagu duet Afieq Shazwan dan Muan Shahirah ni. All the best!🔥💪

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

GERENTI ‘PECAH PERUT’, DRAMA SUAMIKU MAT PIUN BUKAN KOMEDI SYOK SENDIRI

Agak-agaknya bolehkah Pojie dan Nieza melepasi semua dugaan yang datang kepada mereka? Dapatkah Nieza menjalani kehidupan serba sederhana yang baru sahaja bermula?

Selebriti Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Rossa Bengang Dituduh Buat Pembedahan Wajah?

Penyanyi terkenal dengan lagu Aku Bukan Untukmu ini menjelaskan bahawa penampilannya yang berbeza di dalam gambar kerana… 

Trending Fri, 23 Oct 2020

Masjid, Surau Di Zon Merah Di Pulau Pinang Masih Dibuka

Walaupun beberapa kawasan di Pulau Pinang, diisytiharkan zon merah, namun kerajaan negeri belum memutuskan untuk menutup masjid dan surau di kawasan yang berada dalam zon merah Covid-19 di negeri itu. Aktiviti keagamaan di masjid dan […]

Events Wed, 25 Sep 2019
error: Content is protected !!