Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 15, 2023 @ 11:35am

#SFMM38: Genap Seminggu Pulih Demam Denggi & Persiapan Hampir 90 Peratus ‘Ready’, Afieq Shazwan Janji Beri Persembahan Terbaik!

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Afieq Shazwan bersyukur selepas namanya dan rakan duet untuk lagu Cinta Hanya Buatan, Muna Shahirah tersenarai dalam barisan 30 artis yang berjaya mara ke pusingan Semi Final Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38).

Menurut Afieq, ini adalah rezeki dan peluang untuknya memberikan yang terbaik memandangkan kemunculannya kali ini  adalah yang pertama di pentas berprestij tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

 

Dalam pada itu, Afieq atau nama penuhnya Afieq Shazwan, 26 berkata, walaupun genap seminggu pulih dari jangkitan demam denggi, namun itu tidak menghalangnya untuk memberikan persembahan terbaik pada malam nanti.

“Saya bersyukur sangat sebab dah sampai ke tahap semi final muzik-muzik ni dan saya rasa ini dah merupakan antaran achievement juga untuk saya sebagai seorang penyanyi yang bermula dari kecil. It’s a big achievement juga bagi saya dan ini merupakan impian saya.

“Untuk persiapan saya rasa Insyaa-Allah 89 peratus ke 90 peratus sudah ready dan 10 peratus lagi kita tawakkal. InsyaaAllah kita cuba yang terbaik dan moga semuanya dipermudahkan.

“Bagi saya untuk persiapan kita dah cuba 100 peratus dari segi vokal, pakaian, persembahan. Apapun kita cuba yang terbaik untuk lagu dan juga peminat lagu Cinta Hanya Buatan,” katanya ketika dihubungi XTRA pada Khamis.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Afieq dan Muna turut menggunakan khidmat guru vokal popular, Shafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shafi untuk memantapkan vokal masing-masing.

“Kami berdua memang ambil kelas bersama Cikgu Shafi jadi dari segi persiapan, kami cuba faham apa yang nak disampaikan dalam lagu ni tidak kiralah dari segi audio, visual, banyak aspek yang Cikgu Shafi ambil berat.

“Dan bila join kelas ni ada orang yang emmerhati persembahan kita dan begitu sebaliknya yang kita boleh share. Dan, cikgu yang banyak guide kami,” jelasnya.

Tidak menolak kemungkinan bahawa lagu power ballade antara yang menjadi perhatian pendengar, Afieq mengaku ia memberi sedikit tekanan buatnya.

“Ya, memang saya pressure. Agak pressure untuk saya dan mungkin juga untuk Muna, sebab lagu ni berat maksudnya, berat penyampaian mesejnya kerana kita bukan sahaja sekadar menyanyi untuk serlahkan vokal, tapi kita nak penonton, juri dan orang yang menilai persembahan kami dari segi mesejnya dan emosinya tu sampai,” ujarnya.

 

Ketika ditanya siapakah pesaing terdekat mereka, Afieq bagaimanapun mengaku, barisan artis yang tercalon semuanya hebat sekaligus berasa gembira kerana berpeluang berkongsi pentas dengan penyanyi senior yang hebat.

Sekadar info, selain Afieq dan Muna Shahirah, antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada hari pertama #SFMM38 yang bakal bersiaran secara langsung pada 15 Disember 2023, pada jam 3 petang ini adalah,  Mojo (Korbankan Cinta), Wani Kayrie (Kamu Kamu), Amira Othman (Alah Biasa), Nadeera (Astana), Datin Alyah (Cinta Sayabiyah), Siti Nordiana (Menyanyi Kasih), Liza Hanim (Sejuta Maaf), Aisha Retno (Sutera) dan Shiha Zikir (Kalam).

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Jun 2021

Kelulusan Automatik Moratorium Bagi Peniaga Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang PKP 3.0

Kelulusan automatik moratorium buat mereka yang layak

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes. “Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi. […]

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Bawa Watak Antagonis, Sarimah Ibrahim Bermain Dengan Cabaran Emosi – “Bukan Cuba Pertahankan Penyondol, Tapi…”

Che Puan Sarimah Ibrahim bermain dengan cabaran emosi dalam drama bersiri terbaharu, Bila Cinta Menjadi Dosa.

Featured Fri, 2 Dec 2022

Kongsi Perjalanan Perit, Meerqeen Dedah Pernah Bergaduh Dengan Bapa – “Sekarang, Dia Penyokong Utama Saya”

Rupa-rupanya complicated perjalanan Meerqeen sebelum masuk industri seni 😢 Min sebak jap bila ayah Meerqeen akhirnya bangga dengan anak dia ni 😭😭 Fly High, Meerqeen!

Featured Wed, 24 Apr 2024

Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut ‘Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – “Tak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

Tu namanya rezeki…. tak baik orang saja je tunjuk hari dryer tu korang pula pegi kaitkan husband dia … memang nak kena lah!👀💥

Trending Fri, 30 Oct 2020

“Ramai Mesej Saya Minta Bantuan” – Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Sabah

Buat baik ramai sayang. Semoga Ustaz Ebit terus dilimpahkan rezeki..

Featured Wed, 30 Apr 2025

Tular Foto Didakwa Ditahan, Saiful Apek Bakal Beri Penjelasan

Apek memberi penjelasan penuh mengenai insiden berlaku.

error: Content is protected !!