Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 24, 2024 @ 4:53pm

Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut ‘Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – “Tak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

Pelakon Datin Intan Najuwa mencuri perhatian apabila dilihat tidak berdiam diri memberikan respons terhadap beberapa komen sarkastik yang ditinggalkan diruangan balas platform TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Intan pada mulanya teruja apabila berkongsi momen membeli pengering rambut jenama popular tersebut memandangkan warna pengering rambut berkenaan adalah warna yang diidamkannya.

“Bila suami tanya nak duit raya ke nak dyson? Kita pilih nak dua-dua lah. Lama mengidam color ni,” kongsinya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dihujani dengan pelbagai respons dalam kalangan netizen.

“Bestnya! Intan Najuwa is living her version ps5 and me living in version brick game.

“Oh! It is Jisoo dyson airstrait.

“I need this!,” komen netizen.

Walaupun ramai yang teruja melihat pengering rambut dengan warna edisi istimewa tersebut, namun terdapat segelintir warganet yang menganggap Intan cukup bertuah kerana mempunyai suami dan lahir dari keluarga yang berada.

Malah, ada yang berseloroh dan meninggalkan komen berbaur sindiran apabila menganggap tindakan Intan berkahwin dengan lelaki tua tidak sia-sia.

“Tak sia-sia kahwin dengan lelaki tua,” komen netizen.

Enggan berdiam diri, Intan bagaimanapun dilihat membalas komen berkenaan.

“Excuse me, husband saya tak tua okay.. Baru 39 tahun. Awak ni sekolah dekat mana ni kecik-kecik tak boleh beza tua ke muda,” balasnya.

Melihat kepada respons yang ditinggalkan pelakon drama rantaian Racun Rihanna itu, rata-rata pengikutnya tampil mempertahankan Intan.

Terdahulu, penampilan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman pernah dikritik apabila kelihatan tampak lebih berusia dari umur sebenarnya selain sering kelihatan berpeluh.

@intannajuwaaaBila suami tanya nak duit raya ke nak dyson, kita pilih nak dua dua ler 😂😂 Lama ngidam dah colour ni. 😂♬ Pink is my favorite color – 𝒓𝒊𝒂ᡣ𐭩

 

ARTIKEL BERKAITAN:”Orang IQ Rendah Ni Suka Buat Lawak B*doh” – Intan Najuwa ‘Sound’ Netizen Kutuk Suami Nampak Tua

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Persoal Suami Sering Berpeluh, Intan Najuwa Jawab Siap Sindir Soalan Macam Tak Pergi Sekolah!

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Sep 2018

26 Foto Ini Menunjukkan Kenapa Ramai Orang Merindui Barack Obama

Dia memang satu dalam sejuta, susah nak cari pengganti.

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Sun, 28 Nov 2021

Misha, Aina, Ernie & Syamel Antara 10 Seterusnya Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Selepas 10 lagu pertama yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan pada minggu lalu, 10 lagu seterusnya diumumkan pada hari ini. ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang […]

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

‘Dah Cari Guru Mengaji Ke Belum?’- Reaksi Baim Wong Ini Amat Mengejutkan!

Alhamdulillah…semoga dapat menjadi contoh kepada suami lain di luar sana.

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Maafkan Dia, Semua Orang Pasti Buat Silap – DSV

Buang yang keruh, ambil yang jernih ok?

Featured Wed, 11 Sep 2019
Trending Tue, 23 Mar 2021
Featured Thu, 4 Aug 2022

“Ni Je Ke Hasil?” – Netizen Kecam Ira Kaza Tayang Cincin

Amboi netizen ni ada ja eh benda nak bahan 😂 Mana tahu cincin tu dia beli sendiri.

error: Content is protected !!