Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops October 1, 2019 @ 2:00pm

Inilah fungsi sebenar warna pada tiub ubat gigi anda

Sejurus bangun daripada tidur, kita lazim menuju ke bilik mandi atau tandas bertujuan membersihkan diri untuk menghadapi hari dengan lebih segar dan rutin pertama dilakukan sebelum mandi ialah mengosok gigi.

Sama ada banyak atau sedikit pes ubat gigi yang dipicit, bukan menjadi persoalan tapi yang penting ialah gigi juga perlu dibersihkan, namun perasankah anda butiran yang terdapat pada tiub ubat gigi anda?

Pernah atau tidak anda melihat tanda berwarna pendek pada hujung tiub ubat gigi anda? Ada yang berwarna hitam, merah, biru atau hijau.

Sebelum ini, kita tidak pernah mengambil peeduli pun warna yang ada pada tiub ubat gigi apatah lagi fungsinya sehinggalah ada mesej tular yang mengatakan bahawa warna berkenaan merujuk kepada ramuan ubat gigi yang terkandung di dalam tiub.

Kononnya, jika tiub ubat gigi anda mempunyai tanda hitam, maknanya ubat gigi anda diperbuat daripada bahan kimia semata-mata.

Berikut adalah teori bagi setiap warna:

  • Hitam: bahan kimia sepenuhnya
  • Merah: bahan kimia + komposisi semula jadi
  • Biru: komposisi semula jadi + ubat
  • Hijau: bahan semula jadi sepenuhnya

Teori di sebalik warna tanda pada tiub ubat gigi. Sumber: Snopes.com

Bukan sekadar di laman media sosial sahaja, banyak laman sesawang pun turut berkongsi maklumat ini.

Apabila topik ini tular, pasti ramai orang yang pernah melihatnya berasa panik dan risau. Pasti ada juga yang bertindak terus memeriksa tiub ubat gigi yang mereka guna.

Tidak masuk akal kalau selama ini kita gosokkan bahan kimia pada gigi kita, betul atau tidak? Bunyinya memang menakutkan kerana kadangkala ada sisa ubat gigi yang tertinggal di dalam mulut kita, tetapi kita mungkin tidak sedar dan menelan sahaja tanpa dapat mengesannya. Berapa banyak bahan kimia yang sudah masuk ke dalam badan kita?

Jika anda salah seorang daripada mereka yang risau mengenai isu ini, hapuskan sebarang rasa sangsi. Sebaliknya baca dahulu mengenai fungsi sebenar tanda berwarna ini.

Inilah kebenarannya…

Menurut The Sun, tanda ini ialah sebahagian daripada proses pengeluaran tiub ubat gigi. Maklumat tersembunyi di dalam tanda ini akan dibaca oleh sensor pancaran cahaya.

Fungsinya ialah untuk memaklumkan mesin pengeluar ubat gigi di mana tiub itu patut dipotong, dilipat atau digam. Itu sahaja!

Tanda berwarna ini diwujudkan dalam pelbagai warna, bukan biru, hijau, merah dan hitam sahaja. Warna berlainan digunakan bagi pelbagai jenis pembungkusan, ataupun bagi pelbagai jenis sensor dan mesin.

Apa jua warna yang anda lihat pada tiub ubat gigi anda, fungsinya tetap sama.

Tetapi untuk tahu jika produk itu merbahaya atau tidak, silalah rujuk kepada ramuan yang tertera pada labelnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 15 Jun 2024
Featured Fri, 28 May 2021

Berlepas Untuk Misi Bantuan Ke Gaza, Ebit Lew Mohon Doa Orang Ramai

Sikap pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sentiasa ringan menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan menjadikan beliau disegani ramai. Segala bentuk bantuan yang disalurkan Ebit Lew tanpa mengira agama dan kaum turut menjadikan beliau ikon terbaik […]

Featured Mon, 19 May 2025
Featured Thu, 16 Jun 2022

“Saya Rasa Saya Dengan Dia…”- Didakwa Jahanamkan Hidup Fizi Ali, Ini Respons Shakilla Khoriri

Selepas dikatakan ‘naik hantu’ dengan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri, penyampai radio Fizi Ali membuatkan netizen terus berteka-teki mengenai masalah yang dihadapi mereka. Membuat dakwaan terbabit di ruangan Instagram Story, Fizi berkata dia menghormati Shakilla […]

Featured Tue, 7 Sep 2021
Featured Mon, 27 Apr 2026

“Semoga Ada Rezeki Dari Allah Untuk Anak Kedua” – Fazura Mengaku Rindu Untuk Hamil

Selebriti popular, Fazura mengaku rindu untuk kembali merasa fasa kehamilan.

Featured Wed, 9 Nov 2022

Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial. Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan […]

error: Content is protected !!