Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 15, 2023 @ 5:00pm

“Orang IQ Rendah Ni Suka Buat Lawak B*doh” – Intan Najuwa ‘Sound’ Netizen Kutuk Suami Nampak Tua

Pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya memberikan respons berkenaan rupa paras suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39,  yang dikatakan tampak lebih berusia dari umur sebenarnya.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Intan kelihatan menjawab pertanyaan terbabit secara berseloroh dan menyifatkan komen yang diberikan netizen terhadap suaminya itu seperti orang yang mempunyai tahap pemikiran berkelas rendah.

“Tak apa kita layan sahaja manusia IQ rendah ini. Orang yang IQ rendah ini suka buat lawak bodoh, sebab dia ingat kita bodoh macam dia. Kesian.

“Dia ingat dia lah yang terpaling lawak dan terpaling cool. Nampak awak bodoh sangat tau. Pergi la duduk di planet lain, jangan datang di muka bumi ni.

“Kita orang dekat bumi ni IQ tinggi sikit, dekat planet awak mungkin IQ tu sama rata sahaja macam awak. Anak buah saya pun IQ tinggi sikit dari awak,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian video yang dimuat naik semula oleh pemintanya itu telahpun dipadam selepas beberapa minit dimuat naik di platform berkenaan.

Terdahulu, Intan menerusi temu bual bersama portal Media Hiburan berkata, sebagai isteri dia kini bertanggungjawab menjaga penampilan suaminya apatah lagi dia kini sudah mula dikenali ramai.

“Memang dulu saya tak pernah expose, tiba-tiba sekarang orang kenal dia so dia terkejut.

“Saya tengok suami saya sama je sebab kita tengok muka dia hari-hari. So macam bila orang kata nampak tua lah kejap macam baby face lah bagi saya sama je tak ada perbezaan.

“Tapi bila orang kata dia baby face tu dia sukalah, it’s like compliment pada dia dan dia happy.

“Lagipun sekarang saya dah jadi isteri, jadi pakaian dia semua saya kena jagalah. so automatik dia akan terikut-ikut saya punya style,” jelasnya.

 

@mediahiburanofficial Datin Intan Najuwa turut ulas mengenai reaksi suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman sejurus bergelar isteri kepada ‘public figure’ #MediaHiburan #MHnews #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Pilih Model Jadi Suri Hati, Sean Lee Sah Bergelar Suami!

Wahhh, congrats Sean Lee and wife 😘😘

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Featured Thu, 26 Aug 2021
Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊

Events Tue, 9 Sep 2025

Serangan Kapal Utama Sumud Flotilla, Aktivis Kemanusiaan Kongsi Status Pasukan Malaysia – “Kami Diminta Untuk Kekal Tenang”

Iylia menegaskan, keadaan pasukan Malaysia yang terlibat dalam misi ini berada dalam keadaan baik.

Featured Sun, 10 Nov 2024
Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Dicurangi 4 Kali, Mahalini Dedah Pernah Ditendang Bekas Teman Lelaki

Allahu tiada siapa yang layak diperlakukan macam tu..

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

12千人潮齐倒数迎新年 何念慈将推出个人写真集

槟城《嗨Fun Mmall跨年演唱会》圆满结束,当晚吸引12千人潮齐倒数迎新年!而大马网络女神Michiyo何念慈也为歌迷捎来好消息,透露将于2018年推出个人写真集及发专辑。

error: Content is protected !!