Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 21, 2025 @ 3:50pm

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim tampil mempertahankan menantu kesayangannya, Datin Seri Shahida yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram (IG), Rozita bukan sahaja menyifatkan Shahida sebagai seorang menantu yang baik, tetapi juga menganggapnya sebagai sahabat yang banyak mendengar setiap keluhan suka dan dukanya.

“Shahida wanita yang saya kasihi, ‘beauty with brain’ sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti saya pasti dia adalah menantu yang boleh menemani saya. Allah jagakan insan ini untuk Kri (panggilan Aliff Syukri) dan anak-anaknya.

“Dia sahabat baik saya, tahu semua kisah duka saya yang anak-anak pun tak tahu, saya sorokkan. Dengan Ida (panggilan Shahida) saja saya ceritakan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Rozita turut menjelaskan Shahida bukan seorang mata duitan tetapi kaya dari segi akhlak dan keperibadian yang tinggi.

“Menantu saya tak kaya, tapi kaya kebaikan. Saya pernah suruh Ida ambil duit Kri seba risau dia banyak peminat. Ida bukan mata duitan.  Ida tak pernah nak mengoda anak oirang kaya. Dia hidup selalu miskin, dia selalu cakap dengan saya dia segan saya layan dia baik sangat.

“Saya sayang Ida sebab kami saja tahu pengalaman kami lalui dalam usahawan dan perkahwinan. Sejak umur 20 tahun saya ambil dia jadi menantu. Bukan senang nak pikat Ida. Masa awal dia masuk kerja jenuh Kri nak mengurat dia. Walau setiap hari dia dapat bunga dan jam dari peminatnya,” katanya.

Sebelum ini, Shahida didakwa telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang dipercayai Rebecca cuba menumpang populariti atau mencari publisiti murahan.

@xtra_my

Hmmmm, tak pernah tengok Datin Shahida marah.. kenapa pula isu dengan Rebecca Nur Al Islam? #xtramy #xtratonton #rebeccanoralislam #bondarozita #bonda #aliffsyukri #isterialiffsyukri #shahihda #fyp #sembangentertainment #beritatiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Dakwaan tersebut muncul ekoran Rebecca sering memuat naik foto perkahwinan abangnya bersama usahawan, Bonda Rozita di media sosial.

Tidak berdiam diri, Rebecca kemudian tampil membidas segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Shahida terhadapnya.

Artikel Berkaitan: “Dia Cakap Saya Sakit Hati, ‘Ugut’ Minta Padam Posting”- Adik Bongsu Aliff Syukri Dedah Pesanan Mesej Rebecca Al Islam

Artikel Berkaitan: Akur Nasihat Abang, Rebecca Padam Video Bidas Kenyataan Isteri Aliff Syukri – “Semoga Along Bahagia Bersama Isteri & Anak-Anak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 5 Aug 2018

一则业配贴文赚408万「全球最强Instagram网红」是她!

网红力量有多可怕? Instagram 富豪榜上的第一名,一则贴文收入高达3,000 万元,大概是许多人几十年的薪水。

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Fri, 29 Mar 2019

经典唱将担任罗大佑演唱会嘉宾!一起唱响梦想

《经典俱乐部》明星唱将担任演唱会特别嘉宾,与罗大佑一起唱响梦想,无悔青春!

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Hiburan Sun, 25 Mar 2018

“Seksi Tak Bermakna Saya Tak Tahu Agama” – Nana Al Haleq

Nana juga menganggap aktiviti membentuk otot ini merupakan kerjaya seni yang boleh menjadikan diri beliau sebagai inspirasi kepada masyarakat

Trending Wed, 17 Aug 2022
error: Content is protected !!