Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2025 @ 11:09am

Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri, meluahkan rasa terkejut apabila timbul dakwaan bahawa dirinya kini sukar menerima teguran atau ‘naik tocang’.

Ketika ditemui oleh XTRA, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, dengan rendah hati memohon maaf sekiranya tanpa sedar ada tindak-tanduknya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya baru sahaja membaca dakwaan ini, dan jujurnya, saya terkejut. Jika benar ada yang merasakan saya berubah, saya mohon maaf.

“Saya percaya setiap orang mempunyai persepsi berbeza. Kadang-kadang, ketika ditemu bual, ekspresi saya mungkin kelihatan kurang mesra kerana pendengaran saya yang tidak begitu jelas. Namun, jika bertemu secara peribadi, jarang sekali saya menerima tanggapan sebegini,” katanya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui di sesi raptai Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Masing Masing ini berharap agar mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengannya dapat bertemu dan berbincang secara baik bagi meleraikan sebarang salah faham.

“Saya hanya insan biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan. Ada masanya, saya cuba mengawal ekspresi ketika berada di khalayak. Jika tanpa sengaja saya memberikan reaksi yang mungkin disalah tafsir, saya dengan tulus hati memohon maaf.

“Saya juga sentiasa terbuka untuk ditegur. Jika ada yang ingin berbicara, saya alu-alukan untuk berjumpa secara langsung,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ernie didakwa sudah ‘naik tocang’ dan sukar menerima teguran, selain dikatakan mengalami perubahan sikap sejak kebelakangan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Betul Ke Sissy Iman Pilihan ‘Makcik-Makcik’?

Takpelah…asalkan ada pendengar. Okay lah kan?

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Pernah Teruk Dikecam, Shukri Yahaya ‘Serik’ Berlakon Babak Intim

‘Kalau pelakon wanita dalam selimut, saya di atas selimut’ – Shukri Yahaya

Featured Thu, 13 Oct 2022

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Allahuakbar… kejamnya sampai macam tu sekali tulis 😥 Mana lah pergi letak akal tu!

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Viviana Luah Rasa Sebak, Hargai Persahabatan Dengan Cik B – “Saya Terharu Dilayan Seperti Keluarga”

Viviana turut menzahirkan penghargaan terhadap Vida yang dianggap seperti seorang ibu kepadanya.

Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Betul Ke Syamel Bercinta Dengan Ernie?

Sebut sahaja nama penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie, sudah pasti ramai yang beranggapan mereka bercinta. Untuk tahu lebih lanjut, baca www.xtra.com.my

Trending Tue, 22 Jun 2021

Tindakan Edar Produk Di SJR Jadi Pertikaian Netizen, Ini Penjelasan Empunya Badan

Heboh di laman sosial Twitter memperkatakan mengenai sepotong video yang merakam aksi seorang lelaki mengedar bungkusan produk kepada pemandu-pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pulau Pinang. Malah, ketika video dirakamkan, kelihatan juga beberapa […]

Featured Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
error: Content is protected !!