Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 13, 2022 @ 9:38pm

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila ada individu yang menulis mengenai anak istimewanya, Azal sebagai orang gila di laman Wikipedia.

Menerusi hantaran Instagramnya, Zarina menyatakan bahawa anaknya sendiri yang menunjukkan laman web tersebut kepadanya dan dia mengaku terkedu melihat maklumat palsu yang ditulis mengenai anaknya.

“Azal hantar pada saya… ibu ada orang tulis di Wikipedia kata Azal gila, ibu tengok ni.

“Saya yang baca jadi terkedu sekejap… saya peluk dia saya kata Azal tak gila, Azil tak gila, Azal dan abang Azil anak istimewa… anak ibu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, Zarina turut memujuk hatinya dan anak dengan berserah kepada Allah SWT dan meminta anaknya untuk tidak bersedih.

“Allah ada, biar orang kata apa Allah ada… kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” luah Zarina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa geram terhadap tindakan biadap individu terbabit.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan artis juga meninggalkan komen, menzahirkan rasa bengang mereka mengenai maklumat palsu yang ditulis di laman Wikipedia tersebut.

Untuk info, Zarina mempunyai sepasang kembar anak lelaki yang menghidap autisme iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Trending Thu, 29 Jul 2021

“Saya Tidak Patut Bercakap Dengan Nada Begitu…” – Carl Samsudin Mohon Maaf

Selepas di hentam akibat berlaku biadab kepada seorang warga emas ketika memberikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di satu pusat transit pada Rabu, usahawan dan influencer, Carl Samsudin akhirnya tampil membuat permohonan […]

Featured Tue, 4 Jan 2022
Featured Wed, 3 Aug 2022

“Saya Tiada Masalah, Dia Sememangnya…” – Melodi Ganti Pengacara, Nabila Huda Nafi Cemburukan Ain Edruce

“Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi” – Nabila Huda

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

‘Saya Panik’- Eizlan Yusof

Anaknya, Zareef, 9 terbabit kemalangan di Sabak Bernam, awal hari ini.

Trending Sun, 17 Apr 2022
error: Content is protected !!