Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 3, 2022 @ 8:00pm

“Saya Tiada Masalah, Dia Sememangnya…” – Melodi Ganti Pengacara, Nabila Huda Nafi Cemburukan Ain Edruce

“Tiada rasa cemburu, sakit hati atau tidak berpuas hati,” itu jawapan daripada Nabila Huda apabila ditanya mengenai tempatnya diganti oleh Ain Edruce sebagai hos program Melodi.

Nabila, 37, memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila diberi kesempatan selama setahun sahaja menjadi hos Melodi dan kini tempatnya diganti oleh rakan baiknya, Ain.

“Saya okay sahaja apabila mengetahui Ain menggantikan tempat saya sebagai hos Melodi. Saya tiada masalah, Ain sememangnya pengacara profesional.

“Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi. Jadi, saya tiada rasa apa-apa pun sama ada cemburu, sakit hati atau tidak berpuas hati,” katanya kepada BH Online.

Memetik laporan BH Online, Nabila memaklumkan bahawa dirinya menganggap kepercayaan yang diberikan selama setahun itu akan dijadikan sebagai pengalaman dan kenangan terindah dalam kariernya.

Jelasnya, pihak stesen televisyen telah memaklumkan kepadanya mengenai pertukaran hos Melodi dengan cara yang baik selepas kontraknya tamat.

“Selepas habis kontrak, stesen televisyen memberitahu perancangan baharu, Ain akan menggantikan saya. Ain juga ada menghubungi saya bertanya bagaimana mahu mengendalikan Melodi dengan baik.

“Saya juga sudah terbiasa dengan lakonan, habis sahaja penggambaran, kita akan melangkah bersama pasukan baharu. Jadi, saya tidak menyimpan perasaan negatif,” ujarnya.

Selain itu, anak kepada penyanyi rock, Amy Search ini turut memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah atau isu dengan pihak Melodi mahupun pengurusan Media Prima Berhad (MPB).

“Semua majikan di MPB juga tidak mempunyai masalah dengan saya. Apabila diberikan tugasan, saya akan melakukan 100 peratus komitmen, tanpa merungut mengenai apa-apa pun,” tegasnya.

Terdahulu, Nabila Huda mengumumkan bahawa dirinya akan berundur dari mengendalikan program hiburan itu pada 26 Jun lalu.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.

Trending Fri, 1 May 2020

[TERKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bakal Dilaksanakan

Haa, jangan suka sangat ye gais! Kena patuhi arahan juga.

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Sun, 24 Nov 2024
Featured Tue, 24 Sep 2019

Malu dengan perut buncit? Hilangkannya dengan senaman ini

Lakukan dengan konsisten, pasti nampak perubahannya!

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

“Sila Ukur Baju Di Badan Sendiri” – Asfan Shah

Asfan Shah tidak menyalahkan mana-mana individu jika mereka memilih untuk menggayakannya.

Featured Wed, 30 Aug 2023

Emma Maembong ‘Ready’ Hamil Anak Ketiga – “Saya Tak Kisah Beranak Tiap Tahun”

Takpe anak emma semua segak-segak aih! Geram tengok🤩🤩🤩

error: Content is protected !!