Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 22, 2024 @ 2:24pm

The Redholah ‘Lamar’ Beto Kusyairy & Wan Hanafi Su

Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) mendedahkan telah ‘melamar’ pelakon popular, Beto Kusyairy untuk projek teater terbaharu persatuan itu tahun ini.

Pengerusi The Redholah, Amirul Haswendy Ashari, 45, berkata pelakon filem Mat Kilau itu telah pun dimaklumkan dengan tawaran itu tetapi belum memberi kata putus.

“Selain Beto, kami juga dalam proses untuk mendapatkan beberapa pelakon hebat lain antaranya Wan Hanafi Su dan Fazlina Ahmad Daud.

“Pemilihan mereka adalah berdasarkan kesesuaian watak-watak penting dalam salah satu dari dua teater yang bakal kami terbitkan tahun ini,” katanya.

Amirul berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa The Redholah yang turut dihadiri rakan artis antaranya Ain Sufia, Zalif Sidek, Taufiq Hanafi, Along Eyzendy dan Razali Hussain di sebuah restoran di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, The Redholah mengumumkan bakal mementaskan dua naskah teater yakni Gelanggang Tok Wali dan Dang Anum (The Untold Story), tahun ini.

“Pemilihan Gelanggang Tok Wali adalah sebagai penghormatan kepada penulis asal, Ismail Kassan yang banyak menyumbang kepada kandungan sastera tempatan.

“Malah umum mengetahui Gelanggang Tok Wali adalah subjek Komponen Sastera Tingkatan 4 bagi pelajar menengah aliran sastera seluruh Malaysia,” katanya.

Karya ini sangat dekat dengan generasi sekarang dan mampu menaikkan semangat kenegaraan selain menyemarakkan cintakan seni dan budaya tempatan.

“Bagi Teater Dang Anum (The Untold Story) pula, ia susulan kejayaan pementasan Teater Dang Anum di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur tahun lalu.

“Selepas pementasan tahun lepas, kami mengambil inisiatif melakukan dokumentasi sejarah kisah Dang Anum, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Laksamana Bentan di sekitar Kota Tinggi, Johor,” kata Amirul lagi.

Ketika proses dokumentasi, pihaknya berjaya mencungkil beberapa kisah menarik dari pakar sejarah tempatan tentang kisah legenda Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang hampir dilupakan dan wajar diceritakan kepada masyarakat.

“Ini termasuklah hubungkait waris Laksamana Bentan di kepulauan Riau dan Batam di Indonesia,” katanya turut merancang menjalani proses dokumentasi di dua pulau bersejarah itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Umi Tak Sengaja, Itu Rumah Mereka Jadi Terpulanglah…” – Aliff Aziz Respons Dakwaan Wajah Bekas Isteri Ditutup Dalam Potret Keluarga

Aliff Aziz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan hiasan tersebut berada dalam kediaman keluarganya. 

Hiburan Wed, 10 Sep 2025

Jadi Pemandu Lalamove, Netizen Puji Semangat Ubai Gigih Cari Rezeki

Netizen puji suami Shila Amzah merendah diri jadi pemandu lalamove

Events Mon, 18 Aug 2025
Featured Mon, 10 Feb 2020

Abam Bocey meninggal dunia, tinggalkan isteri dan bayi lelaki 9 bulan

Fad Bocey ralat tak dapat tatap muka arwah buat kali terakhir

Trending Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Dia Lagi Penang Daripada Baba Dia” – Comelnya! Netizen Terhibur Dengan Loghat Jebat Jayden

Jebat Jayden sekali lagi mencuitkan hati orang ramai dengan gelagat lucunya.

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
error: Content is protected !!