Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 11, 2024 @ 5:30pm

DJ Lin Sebak Di Majlis Konvo Anak, Terkenang Susah Payah Besarkan Cahaya Mata – “18 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Semua Saya Uruskan Sendiri”

Personaliti radio, DJ Lin sebak apabila anak perempuannya, Nureen Aresya berjaya menamatkan pengajian Diploma Ukur Bahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.

Menghadiri majlis konvokesyen anaknya, DJ Lin terharu mengenangkan susah payah membesarkan dua cahaya mata, Nureen dan Nazren Asyran sebagai ibu tunggal.

Tidak mengabaikan pelajaran anak-anak biarpun sibuk di konti radio, DJ Lin banyak berkorban dan semuanya dilakukan untuk dua orang cahaya matanya.

“Ketika di majlis konvokesyen, saya memang sebak sangat. Rasa macam mimpi pun ada seakan macam tak percaya anak yang saya lahirkan 23 tahun lalu, telah pun berjaya mencapai kejayaan dalam satu fasa hidupnya.

“Sebagai ibu, saya tumpang gembira dan bersyukur. Sesungguhnya pelbagai ujian dan cabaran yang telah saya tempuhi dalam membesarkan anak-anak tersayang. Apatah lagi sebagai seorang ibu tunggal sejak 18 tahun lalu, semuanya saya uruskan sendiri dari segi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak, demi untuk memenuhi keperluan serta keinginan mereka khususnya dalam aspek pendidikan.

“Pada masa yang sama, saya harus mencari ruang demi memberikan curahan kasih dan sayang supaya anak-anak, tidak merasakan kepincangan apatah lagi kekurangan dalam kehidupan mereka,” katanya kepada XTRA.

Tambah penyampai radio Suria FM ini, terlalu banyak dikorbankan khasnya keinginan juga keperluan untuk diri sendiri demi memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang.

“Semua bentuk pengorbanan itu bukanlah suatu perkara yang mudah kerana sememangnya menuntut banyak kesabaran, kecekalan, mental, fizikal, emosi dan perasaan. Saya memang sangat menitik beratkan soal pendidikan anak-anak kerana saya ingin pastikan mereka membesar sebagai seorang insan yang berilmu dan berpendidikan.

“Itulah jaminan utama untuk kehidupan yang sejahtera dan berjaya. Alhamdulillah anak-anak sangat memahami kesibukan ibu mereka yang bertungkus lumus sepanjang masa mendedikasikan hidup demi kerjaya dan anak-anak,” katanya.

Anak sulung DJ Lin, Nureen Aresya yang selesai majlis konvoksyen diploma bakal melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda untuk jurusan sama di Universiti Malaya dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, anak bongsu DJ Lin, Nazren Asyran sedang menuntut di semester akhir untuk Diploma Komunikasi dan Media di UiTM Rembau, Negeri Sembilan dan bakal melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda jurusan sama di UiTM Shah Alam pada tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin sekali lagi dicalonkan dalam Kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH 36 (ABPBH 36).

Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mempertandingkan 16 kategori utama, pemilihan artis dan selebriti kegemaran boleh dilakukan menerusi laman web ABPBH 36 di www.abpbh.com.my.

Dapatkan tiket untuk menonton ABPBH 36 secara langsung di https://ticket.revid.my/event/abpbh-2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Hiburan Thu, 27 Jun 2024
Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Jom Saksikan K-Drama Vertikal Paling Ketagih Di ‘Tonton Vertical: K-Daebak’!

Platform penstriman Tonton terus memperluas penawaran kandungannya dengan memperkenalkan Tonton Vertical: K-Daebak!

#tilljannah Wed, 26 Mar 2025

Gabungan Warisan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

Sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ni memang berada di kelas tersendiri! […]

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

“Depan-Depan Nampak Diam, Padahal Tikam Belakang…” – Individu Dakwa Ira Kazar Kaki ‘Provokasi’?

Perwatakan pelakon, Ira Kazar didakwa tidak ‘seiring’ dengan karakter yang dipaparkannya kepada khayalak ramai

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Siti Muat Naik Teaser ‘Comel Pipi Merah’

kepulangan SITI ke kediaman daripada Hospital Gleneagles semalam petanda ibu kepada bayi yang digelar ‘Fatimah Az-Zahra’ ini sudah sihat dan pulih malah akan melalui proses berpantang selama 44 hari seperti kebiasaannya wanita lain bersalin.

Hiburan Sat, 8 Mar 2025
Trending Mon, 7 Jan 2019
Featured Mon, 6 Oct 2025
error: Content is protected !!