Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 8, 2026 @ 1:13pm

“Umi Tak Sengaja, Itu Rumah Mereka Jadi Terpulanglah…” – Aliff Aziz Respons Dakwaan Wajah Bekas Isteri Ditutup Dalam Potret Keluarga

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz tampil memberi respons berhubung isu hangat berkait tindakan ibunya, Siti Hafizah yang didakwa ‘sengaja’ menutup wajah bekas isterinya, Bella Astillah dalam potret keluarga mereka.

Aliff atau nama lengkapnya, Mohamad Aliff Aziz, 35, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan hiasan tersebut berada dalam kediaman keluarganya.

“Ini adalah perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah saya. Jadi, terpulanglah kepada mereka untuk letak hiasan yang mereka nak dalam rumah.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI yang berlangsung di Andaman Grand Ballroom pada Selasa.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sayang Sayang itu mempertahankan tindakan ibunya yang dipercayai tidak sengaja menunjukkan potret keluarga tersebut ketika mereka sedang membuat ‘review’ kuih raya.

“Umi saya tak sengaja, masa tu tengah buat review makanan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk “freeze frame” dan sebagainya. Saya tak boleh komen banyak mengenai hal dalam rumah mak ayah saya,” katanya.

Sebelum ini, nama ibu Aliff hangat menjadi perbualan ramai di media sosia apabila didawka sengaja menutup wajah Bella pada portet keluarga mereka yang digantung dalam rumah.

Ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa berang terhadap tindakan tersebut yang dianggap tidak wajar, apatah lagi bella merupakan ibu kepada cucu-cucunya, Ayden dan Ara.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Tonton Video Pertunangan Kiriman Netizen, Akui Gembira Untuk Syed Saddiq & Bella Astillah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Jul 2021

Hazama, Akim, Black & Tomok Jadi Juri, Cari Pelapis Dunia Nyanyian

Industri muzik tanah air tidak pernah suram dengan kehadiran bakat baharu. Bukan sahaja dari segi lagu, tapi juga penyanyi itu memberikan warna dan nafas yang lebih segar. Menyedari hakikat itu, syarikat rakaman COF Music juga […]

Featured Fri, 3 Jan 2025

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Netizen tak habis bitter, ini respons Intan Najuwa.

Events Fri, 21 Sep 2018

Jurnal Minggu Ke-10 : Menelusuri Rehlah Nabawiyyah

Saksikan Da’i untuk minggu ke-9 malam ini hanya di TV3!

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bakal Tayang Tahun Hadapan, Filem ‘Tiket Sehala’ Angkat Kisah Mangsa Penipuan Kerja di Luar Negara

Selepas cemerlang di FFM34 dengan Soloz: Game of Life, Key Billions hadirkan filem survival thriller baharu, Tiket Sehala.

Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Cewah…Sama Cantik Sama Padan Kak Limah Atas Pelamin!

Akhirnya, pelakon yang popular menerusi watak Hantu Kak Limah naik ke pelamin bersama jejaka pilihannya, Mr K atau Khuda. Delimawati dan pasangan diraikan di Art Hall, Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur, sebentar tadi. Memang meriah habis!

Hiburan Mon, 9 May 2022
error: Content is protected !!