Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 7, 2026 @ 4:46pm

Rindu Tak Terubat, Aliff Aziz Tunggu Saat Bertemu Anak-Anak – “Sebagai Ayah Saya Gembira Melihat Ayden & Ara Dalam Persekitaran Terbaik”

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz tidak menafikan dia menanggung rindu terhadap anak-anaknya Mohamad Ayden Adrean,9, dan Ara Adreanna, 6 setelah dua tahun tidak bertemu.

Ketika ditemui media, Aliff atau nama lengkapnya, Mohamad Aliff Aziz, 36, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan anak-anaknya termasuk mengenai hak penjagaan.

“Sudah semestinya saya merindui anak-anak saya, tapi sekadar itu sajalah. Saya sedang menguruskan cara yang terbaik, insya-Allah.

“Apa sahaja melibatkan peribadi, isu yang orang ramai nak tanya, saya ‘reserve’ hak Aliff untuk tidak ulas lanjut.

“Saya tak nak perkara yang saya cuba usahakan yang terbaik ni jadi tak baik hanya sebab saya menjawab atas rasa nafsu,” katanya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI di Andaman Grand Ballroom Grand Hall pada Selasa.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Sayang Sayang itu memilih untuk ‘menyimpan’ pesanan istimewa buat anak-anaknya apabila mereka bersemuka suatu hari nanti.

“Mengenai pesanan kepada anak-anak, itu saya simpan insya-Allah apabila dapat jumpa dan bercakap sendiri dengan Ayden dan Ara.

“Biarkan itu menjadi mesej seorang bapa kepada anak-anak. Saya akan cuba perbaiki dan uruskan tanggungjawab Aliff sebaik mungkin insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Aliff mengakui gembira melihat Ayden dan Ara berada kini semakin bahagia dan berada dalam persekitaran yang harmoni.

“Alhamdulillah. Saya rasa mereka berada di satu persekitaran yang insya-Allah baik untuk mereka membesar. Saya tak pernah lupa doakan mereka.

“Untuk melihat meeeka bahagia, sebagai ayah saya tetap gembira. Ara pun dah besar semakin pandai menari, masya-Allah. Banyak aktiviti mereka lakukan,” katanya.

Dalam masa sama, Aliff bersifat terbuka apabila ada segelintir netizen yang melihat persamaan anaknya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

“Macam saya kata setiap yang dikatakan adalah pendapat. Kepada semua yang banyak pendapat setiap orang berhak memberikan pendapat mereka.

“Saya tak boleh kawal pendapat orang yang boleh kawal hanyalah reaksi terhadap pendapat orang dan memilih untuk tidak fikir banyak tentang itu.

“Pada akhirnya tak bergeraklah. Minta sangat di bulan baik ini untuk sebarkan kebaikan namun saya tak dapat kawal dan hentikan apa yang orang cakap,”tuturnya lagi.

Imbas kembali, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun 2024. 

Perceraian ini susulan kontroversi khalwat Aliff bersama aktres, Ruhainies pada Mac 2024, sehingga menamatkan perkahwinan yang dibina sejak 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Ohh patut lah yang penting meriah semua majlis resepsi Imran & Dahlia

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Gandingan Mantap Henry Golding Dan Emilia Clarke Dalam…

Selepas Crazy Rich Asian, beliau sekali lagi akan bergadingan dengan watak utama drama bersiri Games Of Thrones

Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Trending Tue, 13 Nov 2018

Menyayat Hati Kisah 2 Beradik Menyorok Di Bawah Bas

Sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang 3 jam perjalanan dibawah bas semata-mata rindu pada ..

Hiburan Fri, 24 Feb 2023
Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Masalah keluarga jadi sebab pelakon baru ini dikatakan memberontak..

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Ketengah Tema Lagu Kahwin, Zero Bakal Keluar Single Selepas Raya Aidilfitri

Asyik lagu meleleh sedih, jiwang je…sekali sekala layan lagu komedi nasihat best juga kan?

error: Content is protected !!