Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 1, 2025 @ 9:21pm

Insomniacks Umum Konsert Solo Pertama ‘Echoes Of A Dream’ 12 Julai Ini di Zepp KL

Setelah sedekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan popular Insomniacks bakal mengadakan konsert solo sulung mereka bertajuk Insomniacks: Echoes Of A Dream pada 12 Julai 2025.

Konsert bersejarah ini dianjurkan oleh SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music dan bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Insomniacks terdiri daripada tiga ahli iaitu Syed Mir Iqbal atau Iqie selaku vokalis utama, Wan Arif Iskandar sebagai pemain bes, serta Danial Lee Hashim yang memainkan gitar.

Dikenali dengan karya segar dan catchy, kumpulan ini memiliki peminat setia bukan sahaja dari Malaysia, malah turut merentasi negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Antara lagu hits yang mengangkat nama Insomniacks termasuk Pulang, Reminisensi, Sempurna dan Igauan Malam.

Gabungan mereka bersama Nabila Razali dalam lagu Cerita Kita turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat muzik serantau.

Tidak ketinggalan, kolaborasi dengan penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah menerusi Belum Mulai berjaya meraih anugerah Video Muzik Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2024.

Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menyifatkan penganjuran konsert ini sebagai pencapaian penting buat Insomniacks sepanjang perjalanan seni mereka.

“Ini akan menjadi satu detik bersejarah buat Insomniacks sendiri kerana ia adalah konsert solo pertama mereka.

“Untuk jualan tiket pula, kami sepakat menawarkan harga mampu milik supaya peminat-peminat Insomniacks dapat bersama-sama mencipta detik bersejarah tersebut dan ia paling murah pernah dijual di Zepp KL selepas sekian lama,” katanya.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Insomniacks memulakan langkah awal dengan menghasilkan video cover lagu-lagu popular di saluran YouTube mereka.

Sejak itu, mereka meraih pelbagai kejayaan termasuk mencipta rekod sebagai kumpulan pertama yang memiliki empat buah lagu dalam senarai Top 10 Carta Domestik RIM (Recording Industry Malaysia) menerusi Pulang, Sempurna, Reminisensi dan Igauan Malam.

Lebih membanggakan, mereka juga tersenarai sebagai artis Malaysia kelima paling banyak distrim di Spotify sepanjang tahun 2024.

Dari segi muzik, Insomniacks terkenal dengan gabungan elemen pop, rock dan punk yang menjadikan identiti mereka begitu unik dan mudah diterima ramai.

Untuk konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream, harga tiket ditawarkan mengikut kategori berikut: RM138 (Maniacks – berdiri), RM168 (Sempurna – tempat duduk), RM228 (Reminisensi – tempat duduk) dan RM6888 (Pulang – kotak VIP).

Jualan tiket akan dibuka bermula 5 Mei ini menerusi laman rasmi Ticketmelon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jan 2026

Doa Ikhlas Bertukar Kontroversi, Aishah Azman Dituduh Mahu Ambil Hati Kamal Adli

Ada pihak mendakwa Aishah seolah-olah mempunyai niat lain

Kisah Viral Thu, 11 Jan 2024
Events Mon, 26 Feb 2018

Akhirnya Abam Tinggalkan BBB 2018

Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.   Namun, rezeki tidak berpihak kepada […]

Trending Sat, 3 Nov 2018

Bajet 2019: BR1M Ganti Sara Hidup 4.1 Juta Isi Rumah

Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

“Honestly, kalau kita fikir postif, hidup kita lagi happy insyaa-Allah,” – LMK

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Trending Wed, 24 Mar 2021
Trending Mon, 14 Oct 2019
error: Content is protected !!