Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 16, 2022 @ 10:12am

Dapat Sambutan Baik, Tiket Konsert Hausboom Music 2022 Terjual Hampir 80 Peratus

Tiket Konsert Hausboom Music 2022 (KHM2022) yang bakal diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 1 Oktober hadapan sudah terjual hampir 80 peratus.

Menurut Pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi, respons positif untuk KHM2022 diterima susulan kejayaan konsert sama yang pernah diadakan pada 2019.

Pada edisi lepas, konsert itu berjaya menarik minat 12,000 pengunjung dan untuk penganjuran kali ini, KHM2022 bakal membariskan selebriti terkenal iaitu Hujan, Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Bunkface, Masdo, Budak Nakal Hujung Simpang, Kapow, ForceParkBois, Chronicalz, Iqbal M, dan Banyak Bunyik Republik.

“Pada penganjuran yang lalu, KHM2019 mendapat maklum balas yang sangat positif. Selepas itu, pandemik melanda dan perancangan untuk membuat edisi konsert seterusnya tertangguh.

“Untuk edisi kali ini, kami mendapat banyak permintaan orang ramai yang mahukan KHM2022. Boleh dikatakan keseluruhan pembeli tiket adalah orang sama yang datang KHM2019 kerana mereka menggemari apa yang kami sajikan dahulu.

“Setakat ini, penjualan tiket sudah terjual melebihi 80 peratus dan mereka tak sabar untuk menghadiri konsert ini kerana mahukan ‘vibes’ luar biasa yang pernah mereka rasakan pada KHM2019,” kata Azri.

Enggan bersikap tamak dan mementingkan keselesaan orang ramai, Azri hanya menjual 12,000 tiket biarpun premis acara itu berkapasiti lebih 25,000 penonton.

“Sasaran penonton sama sahaja. Kami mementingkan keselesaan dan tak mahu premis acara ini sesak sehingga membataskan pergerakan orang ramai.

“Kami juga mengambil langkah berjaga-jaga dan bakal mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan. Keselesaan dan keselamatan kami berikan fokus utama dan mahu penonton yang hadir benar-benar ‘enjoy’ dengan KHM2022 nanti,” katanya lagi.

Untuk pembelian tiket yang dijual bermula RM60 sehingga RM500, layari www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Dr Say Dedah Maid Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah Dibayar

Haih macam macam zaman sekarang ni kan 😭😭

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Thu, 18 Jul 2019

‘Tak Pernah Saya ‘Menganggur’ Sejak Berlakon’- Fadlan Hazim

Mungkin ada sesetengah pelakon hanya mengambil watak utama, tetapi saya tidak terlalu memilih.

Events Fri, 30 Nov 2018

Zoo Negara to Celebrate 55th Birthday with a Fiesta

It’ll be happening in December!

Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Terpaling Juara: Hattan Komen Persembahan Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

Minggu depan Rahmad akan bawakan lagu duet Keliru 😍

error: Content is protected !!