Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 14, 2024 @ 11:58pm

Pertaruh Lagu Masihkah Ada Rasa Itu, Vanessa Reynauld Ganti Misha Omar Di SFMM39

Penyanyi, Misha Omar tidak menyanyikan lagu ciptaaannya sendiri bersama Sharon Paul, berjudul Masihkah Ada Rasa Itu di malam Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39) tanpa menyatakan alasan.

Sebaliknya, penyanyi Vanessa Ben Reynauld menggantikan Misha menyanyikan lagu bagi runut bunyi drama rantaian Wanita Syurga TV3 itu dengan penuh penjiwaan dan perasaan.

“Misha tidak dapat hadir menyanyikan lagu ini di pentas SFMM39 atas hal yang tidak dapat dielakkan,” kata Izzue selaku pengacara bagi program ini.

Ketiadaan Misha atau nama lengkapnya, Samihah @ Aisah Omar, 42 menimbulkan tanda tanya ramai, namun Vanessa berjaya memukau penonton sekali gus memberikan persembahan cemerlang.

Sehingga kini, pelantun lagu popular Sampai Bila ini masih diam membisu dan tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung penyanyi gantian ini.

Sekadar info, Misha sebelum ini mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama Sharon Paul, berjudul Tanpa Rela di Semi Final Muzik Muzik 36.

Masihkah Ada Rasa Itu antara 30 lagu yang mara ke SFMM39 untuk merebut 10 kerusi ‘panas’ ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang dijadualkan awal 2025.

Malam ini 17 lagu dipersembahkan termasuk Pujaanku nyanyian Masdo dan Aisyah Aziz, Memori Mungkin Berulang (Tomok & Siti Nordiana), Tangis (Nabila Razali) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Manakala, malam esok 13 lagi calon AJL 39 bakal pertaruhkan sebelum keputusan 10 karya terbaik diumumkan untuk merebut trofi Lagu Terbaik.

Sementara itu, satu lagi lagu Angau nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Fahimi Rahmat, turut digantikan dengan penyanyi Sharul Kamal.

Difahamkan penyanyi yang berusia 27 tahun itu sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

SFMM39 membariskan juri profesional Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.

Kedua-dua saringan SFMM  dikendalikan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

[VIDEO] Aksi Comel Nadhir Nasar Pujuk Kanak-Kanak Lelaki Merajuk Raih Perhatian – “Comelnya!”

Kanak-kanak lelaki itu terbaring kerana terlalu lama menunggu Nadhir untuk bergambar

Featured Thu, 29 Dec 2022

“Kita Hidup Hanya Sekali” – Nasihat Andi Bernadee Buka Mata Netizen, Jadi Lebih Matang!

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberi nasihat untuk tidak membenci antara satu sama lain. @syaaanzz._ that’s not good❣️#repost #xybca #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian Penyanyi lagu Donde itu berkongsi perkara terbabit menerusi rakaman […]

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Tom Holland is Not Happy at People Spreading Rumours of His Love Life

Our favourite Spider-Man finally addressed his dating rumour with a mystery woman.

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Hiburan Mon, 21 Oct 2019
error: Content is protected !!