Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 10, 2023 @ 5:38pm

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Penerbit Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail mengakui sedih dengan pengakhiran rumah tangga anak mereka Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang mana bakal bercerai pada 18 April nanti.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Yusof Haslam mendoakan bahawa konflik rumah tangga anak sulungnya itu terlerai dan berbaik demi anak-anak.

“Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.

“Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.

“Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun,” luahnya kepada Harian Metro.

Malah, Yusof Haslam juga menghormati keputusan Syamsul dan Sarah serta menyerahkan segala urusan lafaz cerai kepada kepada mereka pada 18 April ini.

Maklumnya, dia dan isteri tidak akan hadir ke mahkamah untuk prosiding tersebut.

“Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak,” jelasnya lagi.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh 18 April untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah.

Lagi, Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh tersebut selepas syarie yang mewakili Syamsul dan Sarah memberitahu bahawa terdapat perkembangan baharu dan jalan penyelesaian antara mereka.

Namun begitu, terma penyelesaian bakal dimaklumkan pada tarikh sama yang mana ia akan direkodkan. Antaranya membabitkan hadanah (hak jagaan anak), nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga bersama pada 8 Mac 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4.

Artikel Berkaitan: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

Artikel Berkaitan: “Semoga Kebahagiaan Abadi Untuknya” – Ibu Syamsul Akui Puteri Sarah Sudah Lama Menderita

Artikel Berkaitan: “Berkat Doa Dari Insan Tersayang, Ibu Bapa..” – Syamsul Yusof Reda Melepaskan Puteri Sarah, Fokus Masa Depan Anak-Anak

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Feb 2022
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Dah Lama Move On, Nazim Othman Pasang Niat Nak Kahwin Sekali Lagi

Nazim Othman menjawab dakwaaan dia masih diselubungi bekas isteri .

Trending Tue, 17 Aug 2021
Trending Mon, 8 Jul 2019

Kes Pelajar UPNM Didera, Diseterika Dan Dibunuh Bakal Diketahui 31 Julai Ini

Keadilan buat Zulfarhan Osman bakal diketahui 31 Julai ini

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Trending Wed, 6 Oct 2021

Pendengar Fly FM Boleh Memenangi Sebahagian Daripada RM50,000 Menerusi Fly Watch

Pendengar Fly FM dan aplikasi Audio+ berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM50,000 menerusi kempen Fly Watch! Pendengar hanya perlu mengikuti akaun Instagram Fly FM, @flyfm958, muat naik hantaran dengan hashtag #FlyWatch dan anda harus meletakkan […]

Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

error: Content is protected !!