Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie March 19, 2020 @ 5:59pm

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Malaysia pernah mengalami suhu panas melebihi 40 darjah Celsius tidak lama dahulu dan keadaan ini tidak bagus untuk kulit wajah.

Radikal bebas dalam udara juga boleh mengancam kebersihan kulit wajah jika tidak diatasi secara berkesan. Untuk mendapatkan kulit idaman, pastikan produk penjagaan wajah yang digunakan sesuai dengan kulit dimiliki.

Pengurus Pendidikan Kiehl’s, Ivy Gan, berkata wanita disaran menggunakan produk pembrsih kulit yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan yang memberi manfaat pada kulit.

Pengurus Pendidikan Kiehl’s, Ivy Gan. Foto: Ivy Gan.

“Zaitun umpamanya mengandungi bahan dinamakan squalane, sejenis lipid yang berupaya membantu kulit daripada mengalami kekeringan, kerosakan disebabkan alam sekitar dan membina perindungan pada kulit.

“Begitu juga dengan ekstrak pokok padang pasir atau Imperata Cylindrica yang menyediakan kelembapan semula jadi untuk kulit walaupun dalam keadaan cuaca panas,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Ekstrak zaitun dan Imperata Cylindrica menjadi bahan utama dalam  formula bagi menghasilkan produk pembersihan kulit iaitu krim pembersih muka Ultra dan krim jeli pembersih muka bebas minyak Ultra Kiehl’s.

Kedua-dua krim pembersih wajah ini menggunakan kebaikan zaitun, antarticine dan ekstrak tumbuhan padang pasir untuk menjaga kulit. Foto: Kiehl’s.com

Jenama pengeluar produk penjagaan kulit wajah dan badan sejak 1851 itu memulakan operasinya di Amerika Syarikat dan kini memiliki lebih 250 kedai di seluruh dunia.

Terkenal dengan produk berasaskan bahan semula jadi, kini dua krim pembersih wajah diperkenalkan label itu mendapat sambutan wanita yang mementingkan penjagaan kulit wajah,

Tumbuhan padang pasir yang boleh bertahan dengan cuaca panas. Gambar Hiasan. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Ivy berkata, selain sumber daripada zaitun dan pokok padang pasir, produk itu turut memanfaatkan kebaikan air glasier daripada Antartica yang mengandungi mikroorganisma atau Antarticine.

“Antarticine berfungsi melembapkan kulit sehingga ke dalam selain melindungi kulit daripada kehilangan air, sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.

“Fungsi lain, ia menyediakan lapisan perlindungan di atas kulit dan mengekalkan kelembapan kulit,” katanya.

Sehubungan itu, untuk melindungi kulit daripada kusam, kekeringan atau rosak, Ivy berkongsi tiga langkah mudah untuk Hijab & Heels.

1. Membersih

Gunakan pembersih yang sesuai dengan kulit. Sebaik-baiknya yang bersifat buih untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Bersihkan kesan solekan terlebih dahulu sebelum membersihkan kulit wajah dengan buih pembersih.

2. Penyegar

Gunakan penyegar untuk keseimbangan dan melembutkan paras PH pada kulit. Penggunaan penyegar juga akan menjadikan kulit lebih mudah menyerap krim penjagaan kulit.

3. Pelembap

Pelembap yang bagus akan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan pencemaran udara, pendingin hawa atau cuaca yang dihadapi setiap hari. Jika memiliki kulit berminyak dan tidak gemar rasa melekit pada kulit, pilih pelembap berasakan jeli. Untuk kulit kering, sesuai pelembap berasaskan krim untuk lebih kelembapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

8 Jenis Item Pakaian & Aksesori Klasik Yang Takkan Go Out Of Style

Inilah sebabnya anda boleh simpan dan pakai untuk tahun-tahun akan datang.

Featured Thu, 26 Mar 2020
Featured Wed, 1 Mar 2023

“Suami Tak Tegur Ke?” – Kain Terbelah Paras Betis, Penampilan Uqasha Senrose Ditegur.. Ini Respons Tuan Badan

Amboiiii, jahatnya mulut 🥵 Pelan pelan la kan berubahh, takpa Uqasha tetap cantik dimata Min ❤️

Featured Wed, 3 May 2023
Oh Lawa Fri, 27 Jul 2018

Suntikan DNA Balenciaga Bikin Kasut Dengan Jolokan Hodoh, Crocs Makin Laris!

Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga menerusi Crocs platform.

Featured Mon, 24 Feb 2025

Penyanyi Sambilan Dipercayai Mati Dib*nuh Teman Lelaki

Polis menemukan mayat wanita yang berlumuran darah di atas katil,

Featured Wed, 28 May 2025
Featured Sat, 12 Apr 2025

“Sudahlah Tu, Tutup Phone Pergi Tidur! ” – Tuduhan Putar Belit Cerita Isu Dipukul Suami, Zahnita Wilson Bakal Beri Keterangan

Zahnita bakal bersikap ‘transparent’ dan menjawab segala persoalan berhubung isu rumah tangganya tidak lama lagi.

Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
error: Content is protected !!