Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 17, 2021 @ 4:00pm

“Kerajaan Prihatin Sentiasa Ada Dalam Jiwa”- Muhyiddin Yassin Akui Tetap Ambil Berat Soal Rakyat

Walaupun tampuk pimpinan beliau telahpun dibubarkan pada Isnin, namun Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui slogan ‘Kerajaan Prihatin’ akan terus berada dalam jiwa beliau serta rakan sehaluan yang memerintah sebelum ini.

Menurutnya, beliau akan sentiasa turun padang untuk melihat nasib rakyat kerana sudah sedia maklum bahawa, golongan rakyat miskin semakin bertambah akibat penutupan sektor ekonomi dan penularan wabak COVID-19 sejak beberapa tahun ini.

“Hakikatnya, saya bukan lagi Perdana Menteri, tapi saya akan turun ke bawah tengok supaya nasib mereka (rakyat) terbela sebab saya faham semasa menjadi Perdana Menteri ada data menunjukkan rakyat miskin bertambah dan ini amat mencabar,” 

“Kerajaan tidak gagal, sebenarnya kami buat yang terbaik!”

Tambahnya lagi, jika dinilai daripada segi prestasi kerajaan beliau tidak gagal tetapi kerajaan telah melaksanakan tugas dengan baik dan ramai mengakuinya berdasarkan usaha dilakukannya dalam memerangi pandemik COVID-19.

“Saya rasa kerajaan saya membuat yang terbaik. Orang kata kita melakukannya, menguruskan COVID-19 bukannya mudah. Saya fikir kita menyelamatkan jutaan nyawa, beberapa ribu orang meninggal dunia, selalu orang melihat perkara ini tetapi sekarang rakyat menyedari kita menyelamatkan berjuta-juta nyawa, kami melakukan sehabis baik,” katanya.

Malah, beliau lega kerana melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dalam usaha membantu rakyat berhadapan krisis COVID-19 termasuklah pelbagai inisiatif bantuan yang telah diberikan.

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Lebam Mata Menangis Tengok Perutusan… Thank You, Abah!” – Netizen Sebak Muhyiddin Yassin Lepas Jawatan

ARTIKEL BERKAITAN : Perdana Menteri Sementara Adalah ‘One Man Show’ – Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Cuba Lakukan Yang Terbaik Untuk Selamatkan Nyawa”- Muhyiddin Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN : Agong Perkenan Perletakan Jawatan PM, Muhyiddin Yassin Jalankan Tugas Caretaker

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Mar 2024

Pasangan Baru Kahwin Nak Sambut Raya Memang Sweet Macam Ni Ke? Hurm..

Baru kahwin ni memang best! Masa ni buat apa pun semuanya nampak comel je, nampak sweet je! Orang kata masa ni masing-masing masih blushing lagi dan antara sambutan yang paling ditunggu-tunggu ialah sambutan Hari Raya […]

Trending Wed, 11 Sep 2019

Salam Takziah – Presiden Indonesia Ketiga, BJ Habibie Meninggal Dunia

Bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat,

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Thu, 18 Mar 2021

Pendaftaran Tanggungan MySejahtera Buat Warga Emas Bakal Dilancar Esok

Bagi memudahkan proses pendaftaran vaksin bagi warga emas, kerajaan akan melancarkan elemen baharu dikenali sebagai Pendaftaran Tanggungan dalam aplikasi MySejahtera. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, elemen berkenaan yang sebelum ini […]

error: Content is protected !!