Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 16, 2021 @ 7:44pm

Perdana Menteri Sementara Adalah ‘One Man Show’ – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, sebagaimana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas menerima peletakan jawatannya tengah hari tadi.

“Ia adalah tugas yang terhormat. Saya akan terus jalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara ini, bagi membantu negara,” katanya dalam pertemuan dengan editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari tadi kepada Yang di-Pertuan Agong, berkata beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.

Mengulas lanjut, katanya, apabila Yang di-Pertuan Agong memintanya meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, beliau terus merujuk kepada Peguam Negara mengenai bidang tugas itu.

“Saya telah mendapatkan pandangan Peguam Negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.

Apabila ditanya sama ada barisan Jemaah Menteri akan dikekalkan sebagai Kabinet sementara, Muhyiddin berkata, setahunya hanya beliau seorang yang akan menjalankan tugas.

“It is a one man show,” katanya secara berseloroh.

Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai Perdana Menteri sementara, Muhyiddin berkata ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi Perdana Menteri).

“Sebagai contoh, saya tidak boleh tanda tangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara,” tambah beliau.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Wed, 24 May 2023
Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Hiburan Wed, 21 May 2025

Marygrace Jadi Ikon Sabah, Gegar Marygrace Jadi Ikon Utama Wakil Sabah Dalam Kempen Gawai & Kaamatan

Marygrace muncul dengan lagu rasmi ‘Happy Gawai Kaamatan’, sebuah karya menyatukan budaya

Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Thu, 13 Nov 2025

Ubai MZ Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Ibu – “Tiba-Tiba Ada Suara Orang Jawab Salam Aku…”

Ubai MZ mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadi ketika menziarahi kubur arwah ibunya baru-baru ini.

error: Content is protected !!