Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 10, 2026 @ 12:12pm

Viviana Luah Rasa Sebak, Hargai Persahabatan Dengan Cik B – “Saya Terharu Dilayan Seperti Keluarga”

Anak kepada penyanyi Ani Maiyuni, Viviana Zairi meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) serta dua anaknya, Cik B dan Kacak yang disifatkan sebagai insan istimewa dalam hidupnya.

Menurut Viviana, hubungan yang terjalin selepas bersama-sama menyertai sebuah program nyanyian berjaya mengeratkan persahabatan mereka sehingga dianggap seperti keluarga sendiri.

“Alhamdulillah, Allah kenalkan saya dengan Mama Vida, Cik B dan Kacak. Mereka adalah insan yang saya hormati.

“Kalau nak ceritakan tentang persahabatan saya dengan Cik B, takkan ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan betapa saya sayang dan bersyukur memiliki dia dalam hidup saya.

“Saya nak ceritakan pun saya jadi sebak sebab betapa baik dan sayangnya saya pada Cik B sebagai sahabat saya,” katanya.

Viviana berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran panjang yang dimuat naik di platform Threads miliknya baru-baru ini.

Dalam perkongsian sama, Viviana turut menzahirkan penghargaan terhadap Vida yang dianggap seperti seorang ibu kepadanya.

“Mama Vida pula seorang ibu yang sangat penyayang. Tak pernah saya bayangkan seorang usahawan yang berjaya saya gelarkan sebagai ‘mama’.

“Terima kasih kerana sayangkan dan anggap saya macam anak mama juga. Terima kasih sebab anggap saya macam keluarga,” katanya.

Selain itu, Viviana turut memuji sikap Kacak yang disifatkan sebagai seorang anak muda yang berbudi bahasa dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Tak lupa juga Kacak, seorang adik yang sangat berbudi bahasa, seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sangat baik pada orang tua serta sangat menjaga mama dan kakaknya.

“Semoga rezeki kalian sentiasa mencurah-curah serta diberikan kesihatan dan panjang umur,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Sep 2021
Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Trending Fri, 3 Jan 2020
Featured Fri, 23 Dec 2022

Tak Sampai Setahun Jadi Ibu Tunggal Dah Berkahwin Jadi Kritikan Netizen, Ini Respons Anita Baharom

Perkara baik kena lah dipercepatkan.. Tahniah Anita and cik suami!

Hiburan Fri, 18 Apr 2025

“Tak Perlu Lepas Sebut Nama Nak Ludah!” – Aaron Aziz Luah Rasa Berang Pada Siapa Tu?

Aaron Aziz berang, dakwa individu dalam industri hiburan meludah selepas sebut namanya

error: Content is protected !!