Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2021 @ 4:56pm

The Pocket Rocketman Dapat Peluang ‘Platinum’ Dari TMJ, Siap Dapat Hadiah Peribadi Lagi!

Melakar kejayaan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang diberi peluang bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pada Selasa.

Berita mengenai perkara tersebut turut dikongsi TMJ menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Difahamkan, pada pertemuan itu Azizul sempat berkongsi idea dan pandangan beliau dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya dalam sukan berbasikal di Negeri Johor.

“Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor diatas perkenan mencemar duli menjemput patik bersama Datuk Qobin untuk menghadap Tunku di JDT HeadQuarter.

“Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini.
Malah, Azizul juga gembira apabila diberikan peluang ‘platinum’ untuk melihat sendiri seluruh kawasan stadium Sultan Ibrahim (JDT) secara eksklusif.

Syabas Tunku, World Class!

Kesempatan yang cukup bermakna yang diberikan kepada anak jati Terengganu ini sememangnya sukar untuk dilupakan apatah lagi, ketika melihat fasiliti yang terdapat JDT JOHOR Southern Tigers yang disifatkan sebagai bertaraf antarabangsa.

“Patik menjunjung kasih diatas perkongsian dari Tunku ke atas patik dan ianya akan dijadikan sebagai rujukan dalam karier patik. Patik juga menjunjung kasih kerana di berikan peluang ‘platinum’ untuk melihat sendiri seluruh pelosok kawasan stadium Sultan Ibrahim (JDT) secara eksklusif. 

“Fasiliti JDT JOHOR Southern Tigers memanglah TERBAIK! Dan ‘world class’. Syabas diatas usaha dan pengorbanan Tunku dalam membina legasi ini,” jelasnya.

“Saya akan ingat sampai bila-bila…”

Sepanjang pertemuan berlangsung di antara TMJ dan Azizul, Tunku dikhabarkan memberi hadiah peribadi berikutan kejayaan beliau di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Last but not least, menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik.

“Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah memurahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku. Daulat Tunku!” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Juicy Luicy Gegarkan Ruang Inspirasi Festival 2025 di Mega Star Arena KL

Ruang Inspirasi Festival 2025 bakal berlangsung pada 17 Ogos ini.

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Detik Pilu Allahyarham Akiko Terj*tuh Dari Tingkat 4

Ridzuan Ridzokumura tak pasti bagaimana Allahyarham Akiko boleh terjatuh

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Featured Fri, 27 Apr 2018

Kencing Di Dalam Kolam Renang Bukan Saja Jijik Tapi Boleh Mudaratkan Diri Sendiri

Pasti ramai antara kita yang pernah membuang air kecil di dalam kolam renang. Begitupun, tindakan tersebut sebenarnya perlu dielakkan. Selain menjijikkan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Featured Thu, 17 Aug 2023

Ketua Polis Sahkan Tiada Panggilan Kecemasan Dibuat, EXCO Pahang Antara 10 Mangsa Tragedi Pesawat Di Elmina

Allahuakbar, semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang beriman..

Hiburan Mon, 14 Jan 2019
error: Content is protected !!