Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 27, 2018 @ 12:00pm

Kencing Di Dalam Kolam Renang Bukan Saja Jijik Tapi Boleh Mudaratkan Diri Sendiri

Pasti ramai antara kita yang pernah membuang air kecil di dalam kolam renang. Begitupun, tindakan tersebut sebenarnya perlu dielakkan. Selain menjijikkan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Menurut kajian yang disiarkan menerusi International Journal of Aquatic Research and Education, seramai 17 peratus individu membuang air kecil di dalam kolam renang.

Jumlah itu bersamaan dengan 1 daripada 5 orang. Ia bermakna, jika anda mandi di kolam seramai 20 orang, potensi untuk mereka membuang air kecil mungkin sebanyak empat orang.

Saintis juga pernah mengambil sampel dari sebuah pangsapuri yang mempunyai kolam renang. Keputusannya menunjukkan terdapat sekitar dua gelen air kencing dari kolam renang tersebut.

Menurut Persatuan Kimia Amerika, sisa organik dari tubuh badan, misalnya peluh, air kencing, losen dan sebagainya, apabila bercampur dengan air yang dirawat dengan klorin, akan menghasilkan bahan kimia yang berbahaya digelar DBP.

Jika anda tergolong dalam individu yang kerap berenang dan tidak rasa bersalah membuang air kecil di dalam kolam renang, berikut merupakan tiga sebab mengapa anda perlu menghentikan tabiat tersebut.

1 . Mengeluarkan bau yang kurang enak

Foto : YouTube

Air kolam yang tercemar dengan air kencing apabila bercampur dengan klorin akan menghasilkan bau yang kurang enak. Bahan kimia yang terbentuk akibat campuran dua cecair tersebut dipanggil trichloramine.

2 . Masalah lelah / asma

Foto : Youtube

Trichloramine juga boleh menyebabkan masalah serius yang berkaitan dengan lelah (semput) atau asma. Jadi, membuang air kecil di dalam kolam renang memang berpotensi untuk menimbulkan masalah kesihatan yang serius kepada orang lain.

3 . Menyebabkan mata menjadi merah dan pedih

Foto : Swim India

Selain menyebabkan kolam berbau busuk, trichloramine juga akan menyebabkan mata anda menjadi merah dan pedih selepas mandi di kolam renang. Sekiranya anda menyangka klorin yang membuatkan mata anda pedih, lebih baik anda berhati-hati selepas ini.

Bagi menangani masalah-masalah tersebut:

Foto : Gazzettino It

Hentikan membuang air kecil di dalam kolam renang. Tabiat buruk itu hanya menambahkan lagi kepekatan DBP di dalam kolam.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk membasahkan badan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kolam renang kerana peningkatan DBP juga datangnya daripada peluh, losen dan sebagainya.

Sumber : Pepatung

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Feb 2023

“Tindakan Seorang Lelaki Yang Tidak Bermaruah” – Ceraikan Isteri Menggunakan Telefon, Ini Respons Puteri Sarah

‘Ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik’ – Puteri Sarah

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

8 Cara Berhadapan Krisis Kewangan

Keadaan ekonomi semasa yang merudum di peringkat dunia sudah tentunya memberi impak kepada semua. Namun, bagaimana caranya untuk kekal tenang berhadapan krisis kewangan ini? Ini caranya: 1) Jangan buang masa Ramai yang sudah tertekan membazirkan […]

Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Featured Sat, 6 Aug 2022

[VIDEO] Syukur Tidak Cedera! Aina Abdul Terpeleot Ketika Persembahan – “Jatuh Pun Ada Gaya”

Jatuh pun performance still onzz 😍 Apapun Aina tetap slayy tambah dengan traditional inspired outfit 🔥👑

Featured Fri, 5 Jun 2020
error: Content is protected !!