Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 6, 2022 @ 6:38pm

[VIDEO] Syukur Tidak Cedera! Aina Abdul Terpeleot Ketika Persembahan – “Jatuh Pun Ada Gaya”

Baru-baru ini penyanyi berbakat besar Aina Abdul, telah memuat naik satu hantaran mengenai insiden yang berlaku ketika membuat persembahan di Magic of The Night, Sungai Melaka.

Menerusi kapsyen hantaran, Aina menyatakan insiden terjatuh ketika membuat persembahan itu merupakan kenangan yang tidak boleh dilupakan dan akan ketawa setiap kali mengenangkannya.

“Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka. Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi itu satu perkara yang buat Aina tergelak everytime I think about it and it’s a good laugh, bukan ketawa malu,” tulisnya.

Menerusi perkongsian video itu, Aina kelihatan terjatuh ketika menuruni tangga dalam busana tradisional berwarna kuning dan segera diselamatkan oleh penari yang berada di atas pentas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29 mengucapkan terima kasih kepada penari yang membantunya untuk meneruskan persembahan.

Walaubagaimanapun, Aina meluahkan rasa syukur kerana kakinya tidak mengalami sebarang kecederaan dan persembahan dapat diteruskan seperti yang dirancang.

“Thank you dancers sambut Aina immediately! Kalau x, mmg Aina carry on menyanyi duduk jela or go barefoot jer,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Aina menyatakan insiden tersebut adalah perkara biasa dan ia juga berlaku kepada penyanyi-penyanyi lain. Malah, ramai yang memuji dengan semangat Aina walaupun berdepan insiden yang diluar jangkaan itu.

   

Untuk info, Program Magic of The Night 2022 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka yang berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos bertempat di Bandar Hilir Melaka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Feb 2026
Featured Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Kenapa Mia Ahmad Teruja Bergelar Ibu?

Tahniah kepada pelakon, Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi kerana bakal bergelar ibu dan bapa!

Eat Travel Sat, 23 May 2020

Roti ‘gergasi’ Vietnam gegar perhatian dunia

Roti dengan ketinggian separa tubuh manusia

Featured Sun, 12 Feb 2023
error: Content is protected !!