Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 8, 2023 @ 9:51am

“Saya Akan Ambil Tindakan!” – Nadia Brian Bengang Peniaga Tengking & Rekod Video Tanpa Persetujuan Demi Content

Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang peniaga pakaian yang menengkingnya di hadapan orang awam ketika menjayakan karnival jualan Starvendors di Johor Bahru, baru-baru ini.

Menurut Nadia, dia tidak mengenali pengurus jenama pakaian Mariyah Holdings tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap perbuatannya yang turut menularkan video berkenaan sebelum dipadam.

Malah, Nadia turut menyifatkan tindakan peniaga tersebut sangat melampau dan memalukan selepas memarahinya serta merekod kejadian terbabit demi sebuah content tanpa persetujuannya.

“This is too much!!! Ambil video content tanpa persetujuan saya! Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni!

“Saya akan ambil tindakan! Sebab awak ada duit, awak boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma!,” tulisnya.

Selain itu, pelakon jelita itu turut meluahkan rasa kesal kerana niat baiknya untuk berniaga dan mencari rezeki seperti ditindas oleh mereka yang pentingkan diri untuk membuat content.

“Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan macam ni walaupun sekadar content!,” katanya.

@nadia.brian This is too much!!! Amb video content tanpa persetujuan saya! Tengking2 saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni! Sy akan ambil tindakan! Sebab awk ada duit, awk boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan PERCUMA! Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan mcm ni walaupun sekadar CONTENT! #NadiaBrian #Stsrvendors ♬ Swear By It – Chris Alan Lee

Berdasarkan pemerhatian XTRA, usahawan tersebut yang dikenali sebagai Madam Mariyah itu juga telah tampil membuat permohonan maaf dan kesal dengan tindakannya.

Menurut Mariyah, dia tiada niat untuk berbuat sedemikian dan tidak sedar tindakannya itu dirakam oleh pekerjanya.

“Kepada Nadia Brahim (Brian), kalau pasal video yang saya uploadkan dekat dalam TikTok yang budak-budak (pekerja) saya uploadkan tu memalukan awak, saya minta maaf.

“Jauh di sudut hati saya takda pun niat nak memalukan sebab saya pun peminat awak dengan lakonan-lakonan awak yang sangat hidup.

“Bila saya nampak awak secara live, saya sangat teruja dan saya tak tahu pula yang content karakter (creator) saya ambil video dan viral,” katanya.

@mariyahholdings Replying to @ashasbeauty madam minta maaf . kalau ada masa datang lah ke kilang madam @Nadia Brian Goldring #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #mariyahholdings #johordarultakzim🔴🔵 #kilangjahitpukal #soundtegak #hashtag ♬ Dj no Coment Di Putusin Pacarmu Di Tingal (Acoustic) – Onel1443

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

Semoga semuanya baik-baik sahaja…

Hiburan Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Thu, 22 May 2025

“Sekurangnya Dia Ambil Tahu Perkembangan Anak, Bukan Spesies B*bi” – Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Lelaki Beriman

Fara Salleh puji Aiman Tak Kesah lelaki beriman, bertanggungjawab dengan kandungan Siti Jamumall

Trending Wed, 30 Jun 2021

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah Diana 2021

Perghhh… Tahniah diucapkan!

Hiburan Thu, 29 Aug 2024

“Ramai Lagi Artis Senior Layak Terima Gelaran Datuk” – Erra Fazira

Apapun Erra Fazira tetap Primadona Malaysia ❤️❤️

Featured Tue, 2 Sep 2025

“Kawan-Kawan Yang Hilang & Tak Lagi Bersama Saya Adalah Berkat Dari Doa Yang Allah Kabulkan” – Fazura

Fazura akhirnya menjawab persoalan mengenai hubungan bersama teman-teman rapatnya.

Featured Mon, 10 May 2021

BPR Masih Dalam Proses Pengkreditan? Ini Sebabnya..

Umum maklum, pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah bermula pada 7 Mei lalu. Baca artikel berkaitan : Sebab Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tidak Berjaya Walaupun Lulus Fasa 1, Tarikh Rayuan BPR Namun, sehingga kini […]

error: Content is protected !!