Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin November 28, 2025 @ 5:22pm

Sukses Dalam Industri Pelancongan & Penerbitan, Kembara Sufi Terima Anugerah BBEA 2025

Kembara Sufi terus mencipta momen manis apabila syarikat itu diumum sebagai penerima anugerah Business Excellence in Travel and Tourism Services Award pada acara Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025 yang berlangsung di Hotel Sheraton Kuala Lumpur, malam tadi.

Penghargaan ini merupakan pengiktirafan kedua yang diterima selepas Kembara Sufi merangkul Anugerah Muslim-Friendly Tour Operator sempena Islamic Tourism Week 2025 beberapa bulan lalu.

Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen syarikat untuk kekal memberikan pengalaman perjalanan yang berkualiti, penuh nilai dan mengutamakan keperluan pelanggan di seluruh negara.

Sebagai jenama yang sudah lama berbakti dalam industri pelancongan, kemenangan ini mengangkat usaha Kembara Sufi dalam menyediakan pakej perjalanan yang tersusun, urusan travel yang lancar serta servis yang boleh dipercayai sehingga berjaya meraih sokongan pelanggan dalam dan luar negara.

Pengarah Urusan Kembara Sufi Sdn Bhd, Muhammad Al-Fadzil, meluahkan rasa syukur dengan anugerah itu dan menyifatkan momen tersebut sebagai satu pencapaian bermakna sejak Kembara Sufi ditubuhkan.

“Bagi kami, anugerah ini bukan sekadar trofi. Ia melambangkan kepercayaan para pengembara yang memilih kami dari dulu sampai sekarang. Setiap trip yang kami susun berpaksikan niat untuk memberi pengalaman yang selamat, teratur dan bermakna,” katanya.

“Kami amat berterima kasih atas penghargaan ini. Ia menyuntik semangat untuk kami terus memberikan yang terbaik,” tambahnya.

Sejak awal lagi, Kembara Sufi Travel & Tours membina reputasi menerusi servis yang teliti dan berasaskan kepercayaan pelanggan. Setiap itinerary dirancang rapi, tidak kira perjalanan dalam negara atau antarabangsa.

Syarikat ini juga terkenal dengan pakej mesra Muslim, trip berkeluarga serta perkhidmatan korporat yang disusun dengan teliti supaya setiap pelanggan pulang dengan kepuasan dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Dari sebelum berlepas di lapangan terbang lagi, pasukan Kembara Sufi memastikan segala urusan dipermudahkan. Fokusnya bukan sekadar keselesaan, tetapi untuk memberikan perjalanan yang akan kekal dalam memori.

Sebagai nama besar dalam industri kembara, mereka sangat menitikberatkan aspek makanan halal, masa solat dan panduan bersuci untuk para musafir. Selain itu, ketua rombongan turut berkongsi kisah sejarah lokasi lawatan dan ilmu fiqh perjalanan, menjadikan setiap trip bukan saja menyeronokkan, tetapi turut memberi nilai ilmu.

Pendekatan ini membantu membina komuniti pelanggan yang setia dan mengukuhkan kedudukan Kembara Sufi dalam industri pelancongan yang semakin kompetitif.

“Bagi kami, melancong bukan hanya tengok tempat baharu. Ia tentang hubungan, pengalaman dan kenangan. Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan itu dan sentiasa berusaha memastikan setiap trip berjalan lancar dan memberi makna,” ujar Muhammad Al-Fadzil.

Mengulas lanjut tentang kemenangan tersebut, Muhammad Al-Fadzil berkongsi bahawa ia menjadi pembakar semangat buat seluruh pasukan untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang.

Lebih manis apabila Kembara Sufi Travel & Tours berdiri sebaris dengan jenama dan tokoh hebat lain dalam membina Malaysia yang lebih maju.

Menurutnya, momen itu menjadi peringatan tentang tujuan asal syarikat ini bermula dan siapa yang mereka berkhidmat, sambil mengimbas kembali ribuan pelanggan yang sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang Kembara Sufi.

Beberapa perancangan baharu turut dirangka bagi memperluaskan perkhidmatan serta menambah keyakinan pelanggan agar jenama ini kekal kukuh pada masa depan.

“Fokus kami adalah berkembang mengikut perubahan industri, namun prinsip yang membentuk identiti Kembara Sufi tetap dikekalkan. Anugerah ini memberi dorongan untuk kami terus belajar, menambah baik dan menyediakan servis pelancongan yang sentiasa boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Selain aktif dalam dunia travel, Kembara Sufi juga turut aktif mengembangkan sayap ke bidang produksi menerusi Kembara Sufi Productions.

Pernah menerbitkan drama bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini dan Anak Sena yang bersiaran di TV3. Kini, pihak produksi sedang menguruskan drama tiga minit berjudul Ini Enta Ceritakanlah Iya.

Kembara Sufi turut merancang untuk menghasilkan lebih banyak travelog dan dokumentari yang memaparkan keindahan alam, budaya dan pengalaman kembara yang unik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Mar 2020

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Rumah tangga waris jutawan Rusia ini bertahan 6 bulan saja!

Gaya Hidup Fri, 20 Jul 2018

18 Cara Elak Iritasi Dan Jangkitan Akibat Memakai Kanta Lekap

Pemakai kanta lekap mesti berhati-hati terutamanya apabila mengenakan solekan pada mata.

Gaya Hidup Tue, 30 Apr 2019
Gaya Hidup Fri, 23 Nov 2018

Singkap Personaliti Anda Melalui Gaya Posisi Tidur

Agaknya yang mana satukah anda?

Featured Wed, 9 May 2018

Periuk Nasi Tempat Bersemadinya Cicak. Biar Betul?

Periuk nasi jadi kubur buat cicak. Gelinya!

Gaya Hidup Fri, 9 Nov 2018

Berseri Di Hari Bahagiamu, Jom Lakukan DIY Treatment Ini

Apa juga keadaan yang membataskan kamu ladies, kecantikan dan keserian wajah menjelang hari bahagiamu tidak harus diabaikan.

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

7 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar Mereka

Tidur pun wajib ada telefon pintar di sebelah!

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat […]

error: Content is protected !!