Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 9, 2018 @ 1:00pm

Periuk Nasi Tempat Bersemadinya Cicak. Biar Betul?

Penulis nak tanya, pernah tak anda selenggara dan bersihkan periuk nasi anda? Kalau tak pernah, lepas ini anda patut lakukan dengan lebih kerap selepas baca perkongsian oleh Syahirah Che Lah ini.

Baru-baru ini, Syahirah dikejutkan dengan penemuan bangkai cicak di dalam sebuah periuk nasi milik seorang pelanggan yang dihantar untuk dibaik pulih oleh bapanya.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi facebook miliknya dikatakan bukan perkara yang baharu baginya, namun kali ini antara yang paling banyak bangkai cicak!

“Itu bukan periuk nasi ‘cicak’ yang pertama. Dah banyak periuk nasi yang dihantar pelanggan sebelum ini kami temui bangkai cicak.

“Tapi biasanya kami jumpa seekor atau dua cicak saja. Tapi periuk nasi yang satu ini ‘luar biasa’ sebab ada lebih 10 cicak, siap ada lipas yang baru mati,” katanya kepada mStar Online.

Wanita itu turut menasihatkan orang di luar sana agar sentiasa memeriksa peralatan elektrik kerana cicak atau lipas boleh jadi punca rosak.

“Kalau dibiarkan penutup periuk terbuka lama, haiwan-haiwan kecil ini mudah masuk dan ia akan ‘bersembunyi’ di sebalik plat besi di dalamnya,” katanya.

Tambahnya lagi, anda boleh selenggara sendiri dengan menggunakan pemutar skru dan jangan biarkan perkakas elektrik rosak, baru nak periksa.

Jadi, lepas ini anda perlu berjaga-jaga ya, periksa selalu dan jangan biarkan cicak ataupun lipas berkubur dalam periuk nasi anda. 

Sumber: mStar , Facebook Syahirah Che Lah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Apr 2020

Awas jangkitan malaria, cegah sebelum menjadi wabak

KKM sasar sifar malaria sempena Hari Malaria Sedunia

Featured Thu, 5 May 2022

“Mohon Doakan Bayi Sulung Kami” – Elisya Sandha ‘Bunting Pelamin’

Alhamdulilah, Elisya kini sudah berbadan dua, masih belum dedahkan jantina.

Featured Thu, 23 Jan 2020

Kebaikan limau mandarin untuk kecantikan dan kesihatan

Terlalu banyak khasiatnya, tetapi perlu waspada

Featured Wed, 10 Sep 2025
Featured Thu, 1 Aug 2019
Featured Thu, 20 Jun 2019

Elak kecederaan lutut ketika bersukan, jangan sesekali abaikan rutin memanaskan badan!

Pastikan anda memanaskan badan lima hingga ke 10 minit.

error: Content is protected !!