Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 23, 2020 @ 5:59pm

Kebaikan limau mandarin untuk kecantikan dan kesihatan

Buah limau mandarin yang menjadi simbol tradisi masyarakat Cina, cukup sinonim dan sangat popular setiap kali menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

manfaat limau mandarin

Kredit gambar: Pinterest

Bagi masyarakat Cina, buah berwarna oren yang turut dipanggil lokam itu melambangkan kekayaan dan tuah, namun dari segi pemakanan limau mandarin mempunyai khasiat yang amat baik untuk kecantikan dan kesihatan.

Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus itu kaya dengan vitamin C dan baik untuk melindungi tubuh daripada serangan pelbagai penyakit seperti masalah jantung dan kanser.

manfaat buah limau

Kredit gambar: Oh Sempoi

Kandungan hesperidin yang terdapat dalam limau juga bertindak sebagai agen yang bekerjasama dengan vitamin C untuk menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus dapat menganjalkan kulit dan mengelakkan kulit daripada berkedut serta kering.

Hesperiden juga dikatakan mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, vitamin C juga adalah agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan memperkuatkan sel-sel kulit bersesuaian dengan peranannya untuk menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

manfaat buah limau

Kredit gambar: Deenamik

Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C dalam limau dapat membantu merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhkan luka dalaman serta luaran.

Limau mandarin baik untuk ibu mengandung, namun pengambilannya perlulah dikawal. Kandungan vitamin B dan asid folik yang terdapat dalam limau menjadi sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan kerana berfungsi membantu membentuk sel-sel baharu untuk pertumbuhan fizikal bayi dalam rahim dan perkembangan otak janin.

Antara manfaat limau mandarin yang lain ialah membantu menguatkan gigi dan tulang, mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko asma, demam, penyakit brongkitis serta mengurangkan risiko penyakit strok.

manfaat buah limau

Kredit gambar: Penang Kini

Biarpun mempunyai banyak khasiat, anda disarankan untuk membasuh kulit limau terlebih dahulu sebelum mengupasnya memandangkan kebanyakan pengusaha buah akan menggunakan bahan kimia iaitu sulfur dioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit limau daripada dijangkiti bakteria, kulat dan serangga.

Bahan kimia ini dikatakan mampu menyebabkan sakit tekak, batuk kering dan sakit perut. Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil limau secara berlebihan untuk mengelakkan daripada risiko kemudaratan yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Sun, 6 Mar 2022
Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Sun, 12 Dec 2021

Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya. Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber […]

error: Content is protected !!