Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 25, 2020 @ 10:25pm

Awas jangkitan malaria, cegah sebelum menjadi wabak

Demam panas lebih dua hari, rasa sejuk menggigil, berpeluh, sakit kepala dan lemah tubuh badan antara gejala yang mungkin menunjukkan seseorang itu menghidap demam malaria.

Gejalanya hampir menyamai demam denggi, namun demam malaria agak berbeza iaitu pesakit mungkin mengalami anaemia, ciri-birit dan jaundis memandangkan parasit plasmodium yang menjadi punca demam malaria, membiak dalam hati manusia (perumah) sebelum keluar menyerang sel darah merah.

Seperti denggi yang berpunca daripada nyamuk, malaria juga disebabkan gigitan nyamuk, iaitu nyamuk tiruk betina yang lazimnya banyak dikesan di pedalaman khususnya kawasan berpaya di negara tropika.

Demam berpanjangan antara gejala malaria. (Gambar hiasan/NSTP/E-MEL)

Paling membimbangkan, demam malaria juga boleh menjadi wabak dan menyebabkan kematian berikutan komplikasi organ dalaman seperti kegagalan fungsi hati dan buah pinggang,  kemusnahan sel darah merah, jangkitan kuman pada lapisan otak dan limpa pecah yang mengakibatkan pendarahan yang teruk.

Di Malaysia, kali terakhir laporan mengenai kes malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) adalah pada 2018 dan sejak itu Malaysia berjaya mengekalkan status sifar jangkitan berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia perlu mengekalkan status yang diperoleh itu selama tiga tahun berturut-turut bagi melayakkan negara mendapat Pensijilan Eliminasi Malaria manusia jangkitan tempatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Katanya, walaupun sudah mencapai sifar malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) sejak 2018, Malaysia masih melaporkan kes malaria zoonotik yang berpunca daripada monyet dan kes malaria import dari luar negara.

“Pada 2019, sebanyak 3,941 kes malaria daripada pelbagai punca dilaporkan, iaitu kes malaria zoonotik membabitkan 3,223 kes atau 81.8 peratus, kes malaria import  (620 kes atau 15.7 peratus) dan kes jangkitan daripada punca lain sebanyak 98 kes atau 2.5 peratus.

“Daripada jumlah itu, sebanyak enam kematian dilaporkan, iaitu kesemuanya membabitkan jangkitan kes malaria zoonotik daripada spesies Plasmodium Knowlesi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Hari Malaria Sedunia disambut setiap tahun pada 25 April di seluruh dunia bagi menyatakan komitmen berterusan dalam pencegahan dan kawalan penyakit malaria. Pada tahun ini, WHO menetapkan tema sambutan ‘Sifar Malaria Bermula Daripada Kita’ (Zero Malaria Starts With Me).

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM mengambil pelbagai langkah yang perlu bagi memastikan aktiviti kawalan dan pencegahan malaria tidak terjejas meskipun ketika ini Malaysia sedang berdepan dengan wabak COVID-19.

“Inovasi pencegahan malaria ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap diwujudkan melalui modifikasi tindakan kritikal di lapangan dengan tujuan mencegah jangkitan malaria dalam komuniti dan pada masa yang sama memastikan petugas kesihatan sentiasa dilindungi daripada jangkitan COVID-19.

“Modifikasi kaedah kawalan vektor (nyamuk pembawa malaria) juga dilaksanakan dengan mengedarkan kelambu berubat dari rumah ke rumah bagi mengelakkan perhimpunan di dalam komuniti dan mengekalkan penjarakan sosial,” katanya.

Masyarakat khususnya di luar bandar disaran memakai kelambu bagi mengelakkan jangkitan malaria. (Gambar hiasan/NSTP)

Komuniti dinasihatkan agar melaksanakan tindakan seperti berikut:

  1. Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti memakai pakaian yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk dan menggunakan ubat penghalau nyamuk (mosquitorepellent). Elakkan berada di luar rumah pada waktu malam;
  2. Syarikat perladangan perlu memastikan pekerja mereka sentiasa dilindungi daripada gigitan nyamuk dengan membekalkan kelambu berubat dan melaksanakan aktiviti pencegahan malaria yang lain seperti semburan racun residual; dan
  3. Penduduk perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Dec 2023
Featured Thu, 24 Jul 2025

Blood Brothers Gegar Pentas AMT2025, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle & Zamarul Hisham Calon Top 10 Selebriti Maskulin Terhangat

Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Zamarul Hisham, barisan pelakon hebat ini antara yang tersenarai dalam Top 10 kategori Selebriti Maskulin Terhangat.

Featured Sun, 3 May 2026

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sering dibangkitkan mengenai pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan artis, khususnya ketika mengenakan solekan.

Featured Mon, 16 Feb 2026

Konsert Ambivert Kuala Lumpur Jadi Saksi, Raisa Abadikan Pesan Terakhir Arwah Ibu Dalam ‘Kuharap Duka Ini Selamanya’

Menurut Raisa, pemergian ibunya, Ria Mariaty Rachmat Ardiwinangoen menjadi fasa paling sukar pernah dilaluinya.

Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Featured Thu, 20 Jun 2024

Sah Bercerai Talak Satu, Nora Danish Reda – “Sabar Itu Menenangkan Hati, Reda Itu Membahagiakan Hati”

Sedihnya tengok happy couple ni berpisah. Apapun doakan yang terbaik. Kalau ada jodoh inshaaAllah bersatu kembali😥❤️

Featured Fri, 27 Mar 2020
error: Content is protected !!