Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 9, 2018 @ 5:00pm

Berseri Di Hari Bahagiamu, Jom Lakukan DIY Treatment Ini

Over budget dalam merencanakan majlis perkahwinan adalah perkara normal dialami bakal pengantin.

Biasanya di akhir-akhir persiapan majlis, ada saja penambahan kos untuk hal-hal yang kecil. Barangkali kerana terlupa untuk menyenaraikannya.

Gara-gara terlepas pandang, ada pengantin terpaksa mengorbankan peruntukan untuk ke spa bagi melakukan mandi bunga, skrub badan, facial, berurut, treatment rambut, termasuk mani and pedi, demi mendahulukan hal yang lebih penting.

Sesetengahnya pula, mereka punya wang tetapi masa untuk ke spa pula tidak mengizinkan. Maklumlah untuk melaksanakan sebuah perkahwinan bukannya mudah, banyak masa harus dikorbankan.

Lainlah kalau semuanya diserahkan kepada wedding planner. Part yang ini selalunya orang have-have saja mampu!

Dalam satu permasalahan lain, ada yang terpaksa melakukan persiapan berskala kecil atau sederhana kerana kemampuan yang terhad.

Apatah lagi, untuk melakukan perawatan yang disebutkan (para ketiga), sekurang-kurangnya RM1,200 wang perlu dibelanjakan.

Apa juga keadaan yang membataskan kamu ladies, kecantikan dan keserian wajah menjelang hari bahagiamu tidak harus diabaikan.

Itulah saat di mana semua mata tertumpu kepada kamu dan paling penting untuk kelihatan ‘yang paling menawan’  juga ‘yang paling tercantik’ di mata lelaki bergelar suami kamu. Barulah dia teruja di malam pertama!

Hijab & Heels ingin berkongsi beberapa rawatan penjagaan diri secara DIY (Do It Yourself) yang boleh kamu amalkan dalam tempoh kurang sebulan menjelang hari bahagiamu. 

1. Mandi bunga

Mandi bunga adalah perawatan kecantikan yang paling sering dilakukan ratu sehari. Secara ritual mandi bunga dapat membuka aura bagi tujuan menyegarkan tubuh dan menaikkan seri wajah.

Mudah saja caranya jika tidak sempat berkunjung ke spa. Beli tujuh jenis bunga pelbagai warna antaranya bunga ros, melur, cempaka, kemboja, kenanga, harum sundal malam dan kembang cina.

Boleh juga menggunakan bunga-bungaan yang lain asalkan ia jenis bunga wangi. Selain itu, dua biji limau purut dan sebotol air mawar.

Penuhkan air dalam tub atau baldi besar, campurkan kesemua bunga, tuang air mawar termasuk limau purut yang telah dihiris. Berendamlah bagaikan tuan puteri dan gosokkan seluruh tubuhmu dengan bunga-bungaan tadi. Paling penting jangan lupa berselawat ke atas Nabi S.A.W bagi yang beragama Islam.

Foto: Teratak Spa

2. Wap muka

Memandangkan ramai bakal pengantin yang stress sepanjang proses menguruskan persiapan perkahwinan, wajah mereka sangatlah mudah dinaiki jerawat.

Usah gusar, apa yang perlu anda buat adalah masak air panas dan sebaik ianya mendidih letakkan di dalam mangkuk kaca. Kemudian tadahkan muka supaya haba wap tadi mengena ke kulit kamu. Buat selama 10 minit.

Eh! jangan lupa tutupkan kepala kamu dengan tuala okay!

Hasilnya, kamu akan lihat jerawat mulai surut dalam masa yang singkat selain kulit sentiasa dalam keadaan lembab.

Foto: Syera

3. Skrub badan

Yang ini memang best, jimat pun jimat! Bukan saja buat kulit wajah berseri, lembut, mulus dan putih bahkan setiap inci tubuhmu sehingga si suami terasa ingin mendakap kamu setipa masa!

Tak payah susah-susah, sila ambil secupak beras di dapur dan kisarkannya. Masa nak mandi, campurkan ia dengan air lalu lumur ke seluruh tubuhmu termasuk sekitar bikini area dan skrub dengan lembut.

Ia bukan saja boleh menanggalkan daki tetapi mencerahkan bahagian peha kamu yang mungkin sedikit lebam ekoran geseraan ketika berjalan. Nak lagi awesome, boleh gantikan bancuhan air dengan susu kambing. Super effective!

Foto: trenlagi

4.  Rambut sihat

Masa kecil-kecil dulu, rambut penulis terlalu nipis sampaikan kena usik rambut bulu jagung. Seorang makcik berkongsi tips ini kepada ibu penulis dan hasilnya rambut penulis sampai sekarang lebat.

Mudah saja caranya. Ambil segenggam pucuk daun bunga raya dan kisarkan. Ambil patinya, lalu lumur di seluruh rambut dan kulit kepala kemudian bungkus rambut kamu.

Kulit kepala terasa sejuk dan membuatkan tidurmu terasa nyaman!

Seeloknya ladies lakukan petua ini dua bulan sebelum hari bahagiamu supaya rambut lebat mempesona. Barulah cantik buat sanggul!

Foto: Doctor Beau

5. Bibir merah bak delima

Attention please, ini penting! Demi memastikan suami kamu berasa ternoda saat mencium kamu, lakukan perawatan ini.

Setiap malam sebelum tidur, sapukan madu di bibir supaya tiada kulit kering mahupun rekahan sewaktu memakai gincu di hari bahagia kamu selain membuatkan ia merah bak delima secara semula jadi.

Foto: makeupandbeauty

6.  Penjagaan kuku

Petua yang ini ladies mesti suka. Sebab apa? Dapat makan buah tembikai. By the way, ini adalah petua yang dikongsikan sahabat penulis bernama Elie. 

Menurut Elie yang juga seorang pemilik spa, kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih.

Caranya, dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku dan biarkan ia kering seketika. Selepas 10 minit, bilas ia dengan air bersih. Warm water, even more better!

Foto: boots

Apa komen anda setelah membaca artikel ini? Mudah bukan perawatan DIY yang dikongsikan kami? Bukan saja kosnya murah dan effective, malah boleh bersenang-senang melakukannya di rumah. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

20 Tip Mudah Untuk Hilangkan KG Dalam 10 Hari

Laman web Stylecraze memberikan 20 tip mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

Featured Sun, 17 May 2020
Featured Thu, 11 Jan 2018

Warna Pengaruhi Kesihatan

Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pada hari ini, terapi warna atau Chromotherapy merupakan alat penting untuk rawatan penyembuhan di mana ia dipercayai boleh memulihkan penyakit dan […]

Featured Mon, 13 Apr 2020

Ekstrak kekwa ungu bantu turunkan berat badan

Turut mempunyai pelbagai kebaikan lain

Gaya Hidup Wed, 14 Feb 2018

‘Go Away’ Badan Berbau! Guna 8 Cara Ini Untuk Kekalkan Wangi Badan Sepanjang Hari

Apakah reaksi anda ketika sedang berada dalam ruangan yang sempit, tiba-tiba terhidu aroma yang menyengat datang dari teman anda mahupun orang sekeliling?

Featured Fri, 3 Jan 2020

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ketahui cara betul yang disarankan dalam Islam

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Seronoknya Bila Diberi Diskaun Gila-Gila, Ini 10 Tips Gerenti Dapat Harga Durian Runtuh

Bagaimanapun taktik tawar-menawar yang dilakukan, harus guna pakai pendekatan secara hemah kerana jika tidak anda boleh mengundang rasa ketidakpuasan hati peniaga.

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Tiada masalah sama sekali ke spa ketika sedang berpuasa, asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

Featured Sat, 7 Jan 2023

Selar Luah Perasaan Di Media Sosial, Rozita Che Wan Pesan Lebih Baik Kalau…

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menyelar tindakan golongan masa kini yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati di sosial media. @jesnita_armanda Replying to @Rini Lee #rozitachewan tuju kat #neelofa ke?🥲 #fazura #neelofa #rcw ♬ Usai […]

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

error: Content is protected !!