Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin March 8, 2023 @ 8:00pm

Juara Hidangan Stik Lazat & Udang Kara, Kay’s Steak & Lobster Kini Perkenalkan Menu Beef Wellington

Kepada mereka yang meminati hidangan stik dan udang kara lazat, pastinya restoran Kay’s Steak & Lobster menjadi pilihan.

Mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014, restoran ini mempunyai dua cawangan lain iaitu di Liberty Arc, Ampang yang dibuka pada 2021 dan di IOI Conezion, Putrajaya mula diperkenalkan kepada orang ramai sejak Jun 2022.

Menurut Aizuddin Khalid selaku Pengarah Urusan, citarasa Malaysia diterapkan dalam menu restoran mereka agar mengikut selera tempatan, tanpa melupakan keenakan sajian asal terbabit.

“Hidangan paling popular adalah lobster thermidor. Ia merupakan resepi Perancis. Hidangan asal menggunakan wine. Kami menggunakan bahan lain untuk mengolah menu ini yang mengikut citarasa Malaysia. Selain itu, hidangan daging tomahawk dan daging wagyu juga menjadi pilihan penggemar.

“Selalunya, menu harian kami tidak menyajikan hidangan nasi. Namun setiap kali bulan Ramadan, kami akan mengembalikan hidangan nasi platter iaitu nasi daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta nasi ayam percik,” katanya.

Peluang menjamah sendiri hidangan istimewa yang dipersembahkan oleh Kay’s Steak & Lobster membuatkan ramai yang terdiam sejenak kerana kelazatan itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

Selain itu, dekorasi restoran yang ‘cosy’ dan mesra di pandangan mata menjadikan selera makan semakin bertambah, selain membuatkan pelanggan tidak sabar mahu mengabadikan gambar di sana dalam akaun media sosial masing-masing usai kenyang menjamah hidangan enak.

Dalam pada itu, Kay’s Steak & Lobster juga bakal mengekalkan sajian Beef Wellington dalam menu kekal untuk dinikmati pengunjung.

“Kami mencuba untuk meletakkan menu ini sekitar bulan Disember lalu. Alhamdulillah, menu ini menjadi pilihan popular pengunjung. Rata-rata memuji kelazatan Beef Wellington yang kami sediakan.

“Kami akan memperkenalkan hidangan Beef Wellington dalam menu harian kami. Jadi, orang ramai boleh menikmati sajian terbabit. Kami sangat mementingkan kualiti makanan dan rasa premium setiap menu, jadi para pengunjung akan pulang dengan senyuman,” katanya.

Bagi mengetahui lokasi, harga menu serta informasi mengenai Kay’s Steak & Lobster, layari https://www.kaysteaklobster.com/ atau Instagram https://www.instagram.com/kaysteaklobster/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018
Featured Tue, 23 Oct 2018

Beradu Sambil Ditemani Haiwan Marin, Bilik Neelofa RM208,000 Satu Malam, Wow!

The Muraka memberikan pengalaman seolah beradu di dalam akuarium!

Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

5 Menu Diet Telur Rebus Yang Perlu Anda Cuba

Telur adalah sumber protein dan serat yang sihat.

Featured Fri, 30 Aug 2019
Gaya Hidup Wed, 30 May 2018
Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018

Jangan Biarkan Perasaan Gayat ‘Membunuh’ Hobi Anda! Tangani Dengan 5 Langkah Ini

Nak atasi perasaan gayat ini anda perlu fokus dan berani!

Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Gaya Hidup Thu, 22 Mar 2018

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas Gerenti Ketagih

Tambahan pula kalau dapat yang pekat melekat kaw, fuhh..memang ketagih la.

error: Content is protected !!