Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin June 1, 2024 @ 6:24pm

PBAKL 2024 Meriah! Tak Kira Usia & Kaum, Budaya Membaca Masih Menebal – Datuk Seri Mohd Muzri Ramli

Lautan manusia yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 membuktikan budaya membaca masih menebal dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kebanjiran hadirin membanjiri reruai Karyaseni di PBAKL 2024 membuatkan penerbit tidak menang tangan.

Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd., Datuk Seri Mohd. Muzri Ramli berkata, kombinasi novelis terbaik dan penerbit terbaik memberi aura terbaik dan padu bagi menarik pengunjung ke reruai Karyaseni.

“Alhamdulillah, kehadiran pengunjung ke reruai Karyaseni tidak putus. Seperti tahun lepas, ramai meraih peluang untuk mencari dan membeli novel-novel popular di bawah penerbitan kami.

“Antara novel terlaris di reruai Karyaseni adalah Lelaki Astatine karya Anjell, Anak Perempuan Dato Pengarah (Rehan Makhtar), Pergilah Sayang (Marissa), Kumbang Dihatiku (Rose Harissa) dan Bersyurga Di Rusukmu (Lily Haslina Nasir).

“Kita mengharapkan sambutan seperti ini akan berterusan dan meriah. Kita dapat lihat budaya membaca masih menebal dalam kalangan rakyat tempatan berbilang usia, kaum dan lokasi,” katanya.

Sebelum ini, penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. dinobatkan reruai paling viral di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

Dalam pada itu, Mohd. Muzri menambah, reruai Karyaseni turut mempamer dan menjual novel-novel baharu dan istimewa terbitannya.

“Antara novel baharu terbitan Karyaseni adalah Tiada Noktah Cinta (Fatinilam Sari Ahmad), Terindah Pernah Ada (Pynat Mourn), Serigala Metropolis (Rose Harissa) dan Layar Damar (Lily Haslina Nasir).

“Diharapkan kehadiran pengunjung ke PBAKL dan reruai Karyaseni akan terus meriah serta bertambah.

“Festival seperti ini seharusnya berterusan. Kita meraikan budaya membaca dalam kalangan rakyat tempatan dan juga menarik minat pelancong untuk ke PBAKL,” kongsinya.

Selain jualan novel, reruai Karyaseni turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan antaranya Izzue Islam dan ramai lagi.

Untuk info, Karyaseni Sdn. Bhd. pernah meraih pelbagai anugerah berprestij dalam dunia penerbitan antaranya Anugerah Tokoh Usahawan Tahunan (Penerbitan), Anugerah personaliti industri & usahawan Malaysia 2017 dan Tokoh Penerbit Novel Prolifik, Anugerah Buku Negara 2022.

Selain itu, penerbitan itu juga pernah dino atkan sebagai Asia Excellence Publishing Company Winner Choice (Asia Excellence Choice Award 2024) dan dua kali Penerbit Novel Terbaik Anugerah Telenovela.

PBAKL 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu membuka tirainya 24 Mei lalu dan berlangsung sehingga 2 Jun depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

6 Jenis Kombinasi Makanan Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Yang Anda Perlu Elak!

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kombinasi makanan yang boleh menjejaskan sistem pencernaan dan juga boleh membuatkan anda sakit.

Featured Tue, 12 Jun 2018
Gaya Hidup Thu, 13 Sep 2018

Pelakon Hollywood Jennifer Lawrence Dedah Sebab Dia Membenci Platform Media Sosial

Bukan ke semua artis sekarang mesti ada sekurang-kurang satu akaun?

Featured Sun, 10 May 2020

Boleh sambut perayaan, tetapi had maksimum 20 orang dan tidak boleh rentas negeri

PKPB dilanjut sehingga 9 Jun, larangan pergerakan rentas negeri kekal

Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

Keliru Dengan UVA, UVB, SPF dan PA? Jom Fahami Maksud Label Produk Sunscreen Anda

Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.

Featured Thu, 16 May 2019

Keliru waktu berbuka puasa dan imsak ketika dalam penerbangan? Ini panduannya

Bagi anda yang kaki jalan, info ini untuk anda hadam!

Gaya Hidup Sun, 30 Dec 2018

Cara Paling Mudah Nak Tanam Pokok Strawberi Di Rumah

Tak perlu pergi ke Cameron Highland semata-mata mengidam strawberi!

Featured Tue, 12 May 2020
Gaya Hidup Fri, 23 Mar 2018

Ambil Perhatian! Ini 6 Perkara Penting Yang Perlu Anda Buat Sebelum Travel Ke Luar Negara

Setiap daripada anda mesti akan teruja untuk merancang trip percutian bersama keluarga atau kawan-kawan kan?

error: Content is protected !!