Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 15, 2022 @ 6:57pm

[VIDEO] “Nampak Penuh Keikhlasan, Syabas Jadi Wanita Contoh” – Netizen Respect Hubungan Memey Suhaiza & Abby Abadi

Umum sedia maklum, hubungan antara pelakon Abby Abadi dan aktres Memey Suhaiza sering menjadi tumpuan netizen di mana rata-rata mereka meluahkan rasa kagum melihat keakraban mereka seperti adik-beradik.

Baru-baru ini, Abby memuat naik sebuah video dirinya bersama Memey dan mereka diminta untuk menghuraikan tiga keperibadian dan pandangan tentang diri masing-masing.

Menerusi video berdurasi 1:38 minit itu, Abby memuji Memey yang dikatakan sangat baik, pemurah dan sangat rajin.

Manakala Memey pula memuji Abby dengan berkata aktres Gerak Khas itu sangat baik, penyayang dan tak lokek berbelanja untuk orang lain.

Menerjah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa kagum melihat gelagat Abby dan Memey yang penuh dengan perasaan kasih sayang antara mereka berdua.

Meskipun pernah menghadapi situasi perit dan detik gelap bersama, namun hubungan Abby dan Memey dikatakan wajar menjadi contoh kepada semua wanita di luar sana.

Sebelum ini, nama Abby Abadi didakwa belum ‘move on’ daripada bekas suaminya, aktor Norman Hakim akibat kerap meluangkan masa bersama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Bila Saya Terhegeh? Norman Yang Selalu Datang Rumah..” – Kerap Jumpa Bekas Suami, Abby Abadi Tepis Dakwaan Belum ‘Move On’

Artikel Berkaitan:“Lebih Tragis Ada Yang Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Sambut Hari Raya Bersama, Abby Abadi Minta Netizen Bersihkan Hati

Semasa artikel in ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak lebih 70,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan 40 komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Mar 2025
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Demam’ Mentor Milenia Dah Mula…Jom Datang Ke Uji Bakat Mentor Milenia 3 & 4 Ogos Ini!

Para peserta juga boleh muat turun borang pendaftaran di http://www.xtra.com.my/mentormilenia dan bawa ke sesi uji bakat selepas diisi. Selain itu, bawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian. 

LIFESTYLE Sat, 22 Dec 2018

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain Untuk Lepas Geram Setiap 25 Disember

Trending Wed, 2 Sep 2020
Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
error: Content is protected !!