Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 9, 2022 @ 6:29pm

“Lebih Tragis Ada Yang Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Sambut Hari Raya Bersama, Abby Abadi Minta Netizen Bersihkan Hati

Pelakon terkenal Abby Abadi meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas kesempatan untuk menyambut lebaran bersama keluarga tersayang dan diberi rezeki kebahagiaan meraikan syawal bersama keluarga bekas suami, pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Bagaimanapun, Abby memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya yang telah mendedahkan ada segelintir pihak seakan tidak senang  melihat keakrabannya bersama keluarga Norman dan Memey.

“Sambung lagi video raya pertama haritu dengan sedikit cerita supaya takde yang iri & berkata yang tidak-tidak ya. Dah 2022 dah ni, tolong ubah mentaliti.

“Dalan pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.

“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya sesama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu kenapa begini.

“Banyak pulak persoalan ya? Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?,” soal pelakon Gerak Khas itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

Tambah Abby, kediaman mereka tidak terlalu jauh antara satu sama lain dan seakan telah menjadi rutin untuk menyambut Syawal bersama pada setiap tahun.

“Tahun sebelum ini ada artis persoalkan kenapa mesti nak raya dengan ex (bekas suami) bla…bla… Halluu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu?

“Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dah macam ni. Memang kemana-mana pun plan sesama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama. Apa yang jadi masalah sangat tu?

“Lebih tragis ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman, aiyoooo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah tu,’ tegasnya.

Di samping itu, Abby sempat memohon doa dan berpesan kepada pengikutnya agar keluarga bahagia mereka sentiasa bersatu hingga akhirnya.

“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNya, doakan kita & kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke Syurga FirdausinNya.

“Buat baik & berbaik-baik. Allah lah sebaik-baik penilai,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

「城市巨响音乐节」齐聚20组来自亚洲各地歌手

音乐节阵容鼎盛,音乐风格丰富;来自亚洲各地的20组乐队与音乐人齐聚吉隆坡,展现音乐巨响力量!

Hiburan Thu, 28 Apr 2022

Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali

Tiz Zaqyah pertama kali jumpa abang kandung

Events Thu, 24 Oct 2019
LIFESTYLE Sat, 12 Jan 2019

Makan Sushi Boleh Melindungi Dari Penyakit Bahaya?

Bahan Utama Dalam Kebanyakkan Sushi Boleh Melindungi Anda Daripada Beberapa Risiko Penyakit Berbahaya

Hiburan Mon, 24 Nov 2025

Hatta Dolmat Puji Dr. Fie – “Semoga Wanita-Wanita Hebat Ini Kekal Tenang”

Dr.Fie meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sentuhan Hatta yang disifatkannya bukan sahaja profesional, malah berjaya mengembalikan keyakinannya.

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Here’s a Special Playlist of Everything Dua Lipa and BLACKPINK

It was inspired by their latest collaboration.

error: Content is protected !!