Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 28, 2022 @ 3:07pm

Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali

Pelakon Tiz Zaqyah, atau nama sebenar Siti Zaqyah Razak, 34, memaklumkan dia kini sudah bertemu dengan abang kandungnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon itu meluahkan rasa syukurnya apabila urusan untuk bertemu abang kandung sebapa yang terpisah selama 34 tahun itu dipermudahkan.

“I’ve always wished I had a brother. Miracles, wishes do come true.. Ramadan paling indah.. We met on the 23/4/2022.

“34 years of my life, hello abang Zacky and my beautiful sister in law and nieces! What an emotional ride. Alhamdulillah… Finally together, permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga,” tulisnya.

Menurut Tiz, abangnya itu sudah lama mencari Tiz sekeluarga dan terus menghubungi jurujual Aura Kasih untuk bertemu dengannya di Singapura.

“Dia dah lama cari kami. Kebetulan saya ada di Singapura untuk event Aura Kasih. Dia hubungi sales Aura Kasih menerusi nombor dalam Instagram.

“Jadi bila saya dapat mesej itu, saya terus rasa ada sesuatu. Saya tak fikir panjang tapi nak jumpa dia.

“Perasan tak sabar dan memang betul, dia kongsi gambar bapa kami. Juga kami berkongsi cerita dan terbukti memang sah, kami ini adik beradik,” kongsi Tiz.

Menurut pelakon itu, dia sering merasa hidupnya tercari-cari sesuatu selama ini dan akhirnya terharu apabila mendapati mempunyai abang kandung.

“Saya amat bersyukur dan banyak berdoa agar abang ada rezeki bertemu ayah kandung kami di Malaysia nanti. Pada saya ini adalah Ramadhan dan Syawal terindah apabila Allah makbulkan doa kami.

“Selama ini saya fikir saya hanya dua beradik dengan kakak. Selepas ini hubungan kami akan lebih rapat lagi.

“Perasaan ada abang itu susah nak dijelaskan. Sangat lain rasanya kerana sejak kecil lagi saya memang mendoakan ada abang.

“Memang rezeki dari Allah kerana saya selalu berdoa agar ada abang untuk jaga saya. Kasihan kerana sangat lama hubungan ini terputus. Lagi sebak bila orang cakap dia wali saya juga,” katanya.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih itu, sebaik mereka berjumpa, ayat pertama yang dikeluarkannya ialah “adakah kamu abang saya?”

“Macam hati itu tahu sangat. Betapa kuat naluri itu. Yang penting, kami semua bersyukur, dan emosi sangat. Kami dah bersatu dan kuasa Allah SWT menyatukan darah daging.

“Allah hadiahkan silaturahim keluarga yang mungkin tidak pernah wujud selama ini. Patutlah jiwa saya mencari. Macam tak sempurna sebelum ini.

“Doakan yang terbaik untuk perjalanan keluarga kami ini ya. Doakan kami semua bersatu dan jumpa kebahagiaan yang lama kami impikan,” katanya.

Menurutnya, abangnya mendapat tahu perkara tersebut sejak dua tahun lalu daripada rakannya kerana muka ayah mereka yang kelihatan sama.

“Kami bertemu pada usianya 42 tahun dan saya pula 34 tahun. Dia dapat tahu kami ada pertalian dua tahun lalu apabila rakannya minta dia tengok Iagi saya kerana muka ayah sama.

“Tapi selepas itu kita kena Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan usahanya menjejaki saya terhenti sementara.

“Masa berjumpa, dia tunjukkan gambar hitam putih ayah kami dan macam-macam lagi seperti dokumen lahir.

“Saya pun memang rasa mukanya seiras dan naluri itu kuat tak boleh tipu, dan terus rasa selesa berada dengan abang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

“Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Walau…” – Respons Dakwaan Perkahwinan Bermasalah, Nadiyah Shahab Berharap Jodoh Kekal Dengan Ben Ali

“Kita tak tahu jodoh tu bagaimana, tetapi Insya-Allah, kami berharap jodoh kami pun untuk selamanya” – Nadiyah Shahab

Featured Thu, 27 Mar 2025

“Untuk Tuan Badan Mereka Ada Hak Nak Buat Apa Yang Patut”- Betty Rahmad

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil memberikan respons susulan isu ‘ciplak’ yang sedng hangat diperkatakan.

Featured Mon, 20 Feb 2023

Selepas Hidap 6 Penyakit Kronik, Ibnor Riza Kini Ditidurkan

Allahuakbar! Semoga Ibnor diberi kesembuhan segera 🤲

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Onew’s Military Enlistment Date Announced

Fans are already looking forward to his discharge…

Trending Wed, 20 May 2020
Hiburan Fri, 16 Jun 2023

“Semoga Hati Kita Terus Terbuka, Diisi Dengan Keimanan,” – Sweet! Essam Muhammad Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati, Mizz Nina

Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta, Mizz Nina… Alahai sweetnya Essam ni 🥰🥰

error: Content is protected !!