Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 3, 2024 @ 11:40pm

AJL38: Persembahan ‘Astana’ Simbolik Ernie Zakri Martabat Kuasa Wanita, Kesinambungan ‘Ku Bersuara’

AJL38: Persembahan ‘Astana’ Simbolik Ernie Zakri Martabat Kuasa Wanita, Kesinambungan ‘Ku Bersuara’

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Ernie Zakri berkongsi konsep persembahannya menerusi lagu Astana di pentas AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, malam ini.

Bercakap kepada XTRA, Ernie memaklumkan konsep persembahan Astana adalah kesinambungan persembahan Ku Bersuara di AJL 34.

“Konsep Astana ala-ala kesinambungan Ku Bersuara juga, saya nak martabatkan kuasa wanita.

“Saya akan bawa 15 wanita di atas pentas yang mewakili perasaan-perasaan wanita yang pernah ditindas, dibuli dan dicerca dalam kehidupan.

“Saya mahu mengajak semua orang keluar dari kehidupan sedih, jadi ia lebih kepada kekuatan wanita.

“Apa yang saya sarungkan malam ini juga melambangkan seorang wanita yang kuat,” ujarnya usai membuat persembahan.

Ernie turut berkongsi busananya itu adalah hasil rekaan rumah fesyen, Amazae.

“Busana tahun ini juga dari Amaze, kali ini saya tak mahu busana yang berat seperti AJL tahun lalu.

“Lagu Astana juga ada rentaknya yang tersediri, jadi saya mahu bebas bergerak, saya cakap pada mereka saya mahu sesuatu yang ringan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ernie meluahkan rasa terima kasih tak terhingga buat peminat yang sentiasa menyokongnya sehingga lagu Astana berada di pentas AJL38.

“Saya bersyukur ada kasih sayang yang kuat daripada Ernienators, terharu bila ada peminat-peminat yang berhempas pulas untuk kita.

“Macam-macam mereka buat, saya bersyukur, apa lagi yang saya mampu balas, harap persembahan saya dapat membayar penat lelah mereka.

“Saya sangat hargai mereka dan mereka sangat istimewa dalam hati saya,” ujarnya.

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 1 Jul 2019

小提琴家Dennis Lau演奏会圆满举行!汇集各族好友献唱添文化色彩

大马著名小提琴家Dennis刘凯彦「The Chosen」演奏会圆满举行,圈中各族好友纷纷助阵献唱,为演奏会增添多元文化色彩。

Trending Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Anak Restu Dynas Kahwin Lagi!

Walaupun ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Dynas, namun dia berasa bersyukur apabila anak-anaknya iaitu Khyra khalyssa, 8 dan Mohamed Haqaish, 6 turut memberikan restu

Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Hiburan Sun, 27 Oct 2019
error: Content is protected !!