Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 18, 2022 @ 5:47pm

[VIDEO] Persoal Watak ‘Nurse’ Dalam Telefilem, Doktor Kritik Pengarah Matahari Tak Bercahaya Gagal Gara-Gara…

Telefilem berjudul Matahari Tak Bercahaya yang ditayangkan di televisyen baru-baru ini telah mendapat perhatian seorang doktor mengenai satu babak dalam drama tersebut.

Melihat kepada potongan babak yang dikongsi, seorang jururawat dilihat memaklumkan kepada seorang pesakit mengenai babak tersalah memasukkan darah milik pesakit HIV kepada pesakit tersebut.

Susulan itu, seorang doktor yang aktif di laman TikTok tampil memberi teguran dan penjelasan mengenai babak tersebut dan menganggap pengarah telefilem itu telah gagal.

Jelasnya, watak wanita yang memakai pakaian seperti jururawat tersebut hanyalah seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan bukannya jururawat dan tidak menjadi tanggungjawabnya untuk memaklumkan apa-apa berkaitan kesihatan kepada pesakit seperti yang dipaparkan.

“Jangan dengar cakap dia Puan Mastura (nama watak)… dia bukan misi, dia PPK Puan Mastura.

“PPK lain semua tahu tanggungjawab masing-masing Puan Mastura tapi dia ja tak tahu tanggungjawab dia.

“Dia pi cucuk orang pasal apa, pi ambik darah pasal apa… dia ada delusional Puan Mastura,” ujar doktor itu.

Jelasnya, seorang PPK tidak dipertanggungjawabkan untuk mencucuk pesakit malah dari segi etika pemakaian juga tidak melambangkan watak itu sebagai seorang jururawat.

“Dia jenis bukan kena cucuk orang… dia pakai tudung putih tak ada line di atas kepala.

“Dia bukan staff nurse, jangan dengar cakap dia, dia PPK,” katanya lagi.

Sehubungan itu, doktor tersebut menganggap pengarah telefilem tersebut telah gagal kerana tidak menitikberatkan tentang etika pemakaian seorang jururawat dan memberi maklumat salah kepada penonton.

Untuk info, telefilem Matahari Tak Bercahaya diangkat dari kisah benar mengenai seorang pesakit HIV pada tahun 1990-an yang dilakonkan oleh Nad Zainal dan Fattah Amin.

@kebebasandalamhidupku #stitch with @𝐼𝓏𝓏𝒶𝓉𝒾 𝐹𝒶𝓇𝓏𝒽𝒶𝓃 PUAN MASTURAAAAA #doctortiktok #clinicdrama ♬ Kau Sahabat Kau Teman – Hijjaz

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan cara teguran doktor tersebut malah ramai yang bersetuju dengan kritikan beliau kerana watak yang dilakonkan telah menimbulkan kekeliruan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Aug 2025

“Sangat Tak Beretika” – Hawa Rizwana Kesal Video Aktiviti Kecergasan Disalahguna

Hawa menyifatkan ada perkara yang boleh dijadikan bahan lawak begitu juga sebaliknya.

Trending Wed, 23 Sep 2020
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Tujuh Tahun Berkahwin, Kris Dayanti Mengaku Masih…

Yang pasti apa jua kesalahan kita ada saringan, punya ‘alarm’. Macam malu kalau ada buat salah…

Featured Tue, 1 Nov 2022
Trending Thu, 2 Jul 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022
Trending Sun, 10 May 2020

Rayuan Permohonan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei

Buat korang yang masih gagal memohon BPN..

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Saharul Ridzwan Enggan Pilih Jalan Mudah Untuk Popular

Memenangi tempat ketiga peraduan Hero Remaja 2011/2012 di bawah Fattah Amin yang memenangi tempat pertama dan Syafiq Kyle di tempat kedua, menjadi batu loncatan buat pelakon Saharul Ridzwan menempah nama di dalam dunia seni lakonan.  […]

error: Content is protected !!