Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 17, 2023 @ 5:26pm

Walau Kelly Azman Kena Kecam, Rezeki Tetap Murah – “Ini Merupakan Kali Ke-12 Saya…”

Selebriti serba boleh, Kelly Azman sudah lali dengan kecaman yang dihamburkan netizen.

Menyifatkan kritikan diterima sebagai pembakar semangat, pemilik nama sebenar Raja Azman Raja Ayob ini tidak kecil hati dengan kejian yang dilemparkan.

“Sebenarnya, mereka yang mengecam ini menjadi suntikan motivasi untuk saya bekerja lebih kuat. Mereka perasan kehadiran saya dalam industri hiburan, jadi mereka mengkritik.

“Saya pula tak boleh berkecil hati kerana ini asam garam dunia seni. Apa yang boleh saya lakukan adalah dengan meningkatkan usaha saya untuk terus menyerlah dan mendapat tempat dalam bidang hiburan,” kata Kelly.

Tambah penyanyi lagu No No No ini, cemuhan netizen tidak menjatuhkan semangatnya sebagai anak seni dan Kelly juga bersyukur rezekinya semakin murah.

“Kejian, cacian serta makian tidak melemahkan semangat saya untuk terus belajar dalam industri ini. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana tawaran tidak putus. Ada sahaja rezeki yang diberikan Allah untuk saya teruskan melangkah.

“Pasca pandemik ini, bersempena ketibaan bulan yang mulia, saya kembali menghiburkan orang ramai sepanjang Ramadan di Hotel Royal bersama rakan penyanyi, Ani Maiyuni. Sambil pengunjung datang berbuka puasa menikmati hidangan buffet lazat, kami pula akan menghiburkan tetamu.

“Ini merupakan kali ke-12 saya memenuhi tawaran ini. Sebelum ini, ia pernah terhenti kerana kekangan Covid-19 dan ketika itu pihak hotel tidak menawarkan hidangan berbuka puasa. Alhamdulillah, keadaan sekarang kembali pulih dan saya menerima semula rezeki yang diberikan dengan tangan terbuka,” katanya.

Selepas muncul dengan single Dustakan Cinta tahun lalu, Kelly juga akan hadir dengan naskhah baharu berbentuk kerohanian tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 25 Sep 2024

“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai

Apapun yang terjadi, moga segalanya dipermudahkan buat keduanya 🤲🏻💐

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Selepas Nazim Othman, Giliran Alvin Chong Pula Belajar Vokal Dengan Cikgu Popular Ini!

Antara selebriti yang menyertai Suara Academy ialah Janna Nick, Aiman Tino dan Nazim Othman. Anda bila lagi?

Trending Thu, 5 Jul 2018

发胖是因为男友「不帅」美研究:另一半长相会影响体重

多数现代人,会拼命节食、减肥,认为瘦就是美,但你就是怎么样都瘦不下来,却百思不得其解呢?

Featured Wed, 28 Jul 2021

Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk […]

error: Content is protected !!