Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 3:24pm

Arish Mikael Kembali Mengukir Jiwa! Antara Puisi Dan Rautmu Sarat Emosi & Kejujuran

Selepas kejayaan single pertamanya, Nukilanmu, yang mendapat sambutan hangat, Arish Mikael, pemuzik dan anak seni kelahiran Johor, kini kembali dengan karya terbarunya, Antara Puisi dan Rautmu.

Lagu yang diterbitkan oleh Luncai Emas ini mengajak pendengar menghayati keindahan cinta, kejujuran seorang seniman, serta emosi yang lahir daripada pengalaman hidup yang sebenar.

Menurut Arish, Antara Puisi dan Rautmu bukan sekadar lagu cinta biasa, sebaliknya ia menggambarkan perasaan seorang seniman yang jatuh cinta.

“Puisi dalam lagu ini adalah simbolik kepada jiwa seni yang terinspirasi oleh keindahan, manakala Raut pula bukan hanya merujuk kepada rupa paras,” jelasnya.

Lagu ini telah dicipta sejak zaman persekolahan Arish dan pertama kali direkod secara DIY sebelum dilancarkan sebagai demo di YouTube.

Versi studio terbarunya diberikan nafas segar dengan sentuhan penerbit utama Hidayat Pitahati, dibantu oleh Izzat Ramayan serta Faliq Mohd sebagai jurutera bunyi.

Dengan konsep “pop berjiwa rock n roll”, perjalanan daripada demo asal kepada produksi penuh memberikan dimensi bunyi yang lebih matang dan bertenaga.

Tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi, Arish berharap Antara Puisi dan Rautmu dapat diterima baik oleh pendengar.

“Saya terbuka menerima apa saja reaksi orang ramai. Apa yang penting, lagu ini menjadi sumber semangat, bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk sesiapa yang terus berjuang dalam seni dan muzik,” luahnya.

Single Antara Puisi dan Rautmu telah dilancarkan di semua platform digital pada 21 Februari 2025 lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 May 2019

Terharu Diberi Penghormatan, Aizat Amdan Serikan Konsert Jason Mraz!

Saya teruja untuk bertemu dengannya secara dekat dan berkongsi pandangan tentang muzik. Siapa tahu kan angan-angan Aizat bakal jadi kenyataan?

Events Wed, 21 Dec 2022

Hadir Bertemu Peminat Untuk Promosi Korea, Lee Jae Wook Puji Keindahan Landskap & Alam Semula Jadi Malaysia!

Pelakon Korea terkenal, Lee Jae Wook datang ke Malaysia bagi menghadiri sesi bertemu peminat bagi program ‘Annyeong Kawan with Lee Jae Wook’, semalam. Menerusi sidang media yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya, 1 […]

Trending Fri, 29 Mar 2024

Pasangan Baru Kahwin Nak Sambut Raya Memang Sweet Macam Ni Ke? Hurm..

Baru kahwin ni memang best! Masa ni buat apa pun semuanya nampak comel je, nampak sweet je! Orang kata masa ni masing-masing masih blushing lagi dan antara sambutan yang paling ditunggu-tunggu ialah sambutan Hari Raya […]

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

error: Content is protected !!