Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 1, 2024 @ 3:04pm

“Saya Berada Dipihak Yang Benar” – Puteri Sarah Nekad Saman Bekas Pekerja Sebar Fitnah Melampau!

Kes saman pelakon, Puteri Sarah Liyana terhadap wanita yang didakwa pecah amanah dan mengeluarkan kenyataan fitnah, Nazatul Nazira berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Puteri Sarah yang diwakili peguamnya, Azmi Mohd Rais memaklumkan, dia berada dipihak yang benar bagi kes dua samannya.

“Saya harapkan semoga hari ini saya dapat hak yang saya perjuangkan. Saya ada memfailkan dua saman iaitu saman malu dan pecah amanah.

“Saya mahu perjuangkan kedua-dua itu yang saya tunggu dari tahun lepas. Tengok ada atau tidak jalan penyelesaian. Kalau tiada teruskan kepada undang-undang. Saya geram!

“Sebelah sana berkeras, jadi pihak saya berkeras juga. Saya di pihak yang benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” ulasnya.

Puteri Sarah berkata demikian ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 2.25 petang bagi prosiding mediasi atau perbincangan bagi kes saman fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerja.

Pada 23 Februari lalu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 ini, meneruskan saman bagi membersihkan namanya terhadap pegawai pemasaran, Nazatul Nazira yang mendakwa dirinya mengambil bahan terlarang.

Sarah menjelaskan dia telah melakukan ujian air kencing bagi membuktikan kenyataan wanita itu adalah fitnah melampau dan salah.

Terdahulu, Sarah bersama rakannya dan juga pihak peguam iaitu Azmi Mohd Rais berkongsi  foto berada di sebuah syarikat guaman, Zulkifli Yong Azmi And Co kelihatan nekad  untuk membawa kes menyebarkan fitnah dan menuduh tanpa bukti ke mahkamah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sat, 25 Apr 2020

Sinar Ramadan Baru Buat Adik Ainul Mardhiah

Menitis air mata kenang kesengsaraan adik Ainul Mardhiah..

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Bang Shi Hyuk Shares Secret on BTS’s Worldwide Recognition And Success

What is the secret behind the success of BTS? BigHit Entertainment CEO Bang Shi Hyuk opens up about how he does things.

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Hadiah Istimewa Buat Semua Peminat Dayang?

Jangan lupa undi finalis AJL33 kora korang menerusi www.xtra.com.my

Featured Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Mon, 27 Nov 2017

PRINCESS SITI NURHALIZA?

Umum sedia maklum bahawa, Dato siti telah membuat imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya. Dan apa yang buat semua orang excited ialah, bayi tersebut merupakan bayi perempuan!

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Nabila Razali Jadi Mangsa Dendam Siapa Tu?

Ikuti lakonan Nabila Razali bermula malam ini

error: Content is protected !!